Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM VIP Trip Jakarta Day 5


Oleh kerana tiada apa apa aktiviti, kami menghabiskan masa agak lama bersarapan di hotel. Pagi ini adalah aktiviti bebas, ada yang pergi ke Thamrin City Mall untuk last minute shopping. Ada yang telah keluar pagi pagi untuk bermain golf.  Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Pukul 11 pagi, semua bag untuk check in dikumpul di lobi dan dihantar terus oleh agen ke airport. Manakala kami pula berkumpul di lobi pukul 11.30 pagi, check out dan keluar untuk makan tengahari. Gambar di bawah adalah geng berbaju hijau. Hahaha.


Dalam perjalanan ke airport, kami singgah makan tengahari di Restoran Pagi Sore yang terletak di kawasan baru yang mana laut ditambak sepenuhnya. Bangunannya lebih moden dan tersusun. 

Makanan di restoran ini juga sedap sedap tapi harga agak mahal. Kami juga memesan jus durian belanda dan avocado segar. Wallaaa sedap dan terasa sangat jus yang asli dari buah yang segar.



Selepas makan, bas terus membawa kami ke airport. Di airport, polis mengiringi kami sehingga ke surau di pintu pelepasan. Haa bila kami dah sampai di sana, barulah Pak Polisi mengundurkan diri dan selesai tugasannya. Sebelum tiba di. airport, kami bergambar kenangan dengan Dede, tour guide kami.


Surau di airport ini bercampur antara lelaki dan perempuan. Hanya diasingkan dengan beberapa keping penghadang. Suraunya luas. Kalaulah ada langsir penghadang, tentu ianya lebih baik.  

Selepas solat, kami menunggu di pintu pelepasan no 5. Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA pukul 6.40 petang. Kami singgah solat di R&R Dengkil. sebelum balik ke rumah.


Dengan itu, tamatlah sudah percutian JJCM VIP Jakarta kami selama 5 hari 4 malam yang meninggalkan 1001 kenangan manis dan terindah bersama BFF sejak zaman universiti.


Catat Ulasan for "JJCM VIP Trip Jakarta Day 5"