Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cempedak Goreng Rangup



Manusia tidak lepas dari diuji, begitu juga dengan saya atau sesiapa sahaja. Tapi Allah lah sebaik baik Penolong. Jadi hanya kepadaNya kita memohon dan meminta pertolongan. Boleh juga diikhtiar dengan cara lain sebagai usaha dan ikhtiar  semata tapi semuanya dengan keizinan Allah.

Rumah kena sentiasa dihias dengan alunan bacaan al Quran untuk memagar dari gangguan makhluk halus. Selain itu, saya banyak menanam pokok pokok berduri di keliling rumah seperti pokok limau nipis, pokok limau kasturi dan pokok bidara. 

Saya dah banyak menebang dan membuang pokok pokok wangi. Semuanya sebagai usaha untuk mengelakkan gangguan makhluk halus. OK sekarang kita masuk pula, bab masakan kita hari ini, iaitu cempedak goreng. 


Sebenarnya cempedak saya hari ini tidak hangit tapi berwarna agak gelap kerana ianya terlebih masak buahnya dan saya juga menggunakan cempedak nangka yang bila terlebih masak berwarna agak keperangan. 

Isi cempedak yang terlebih masak bila digoreng akan mengeluarkan gula madu yang menjadikan cempedak atau pisang kita berwarna kehitaman bila gula digoreng dalam minyak. Jadi untuk tepung goreng rangup kena digoreng agak lama dalam minyak yang panas. 

Cempedak goreng saya hari ini mendapat pujiian anak dan menantu saya. Mereka kata sedap dan rangup. Maklumlah kalau beli di kedai, tak lari harganya RM1.00-1.20 seketul. Mahal kan cempedak goreng ni. Jadi bila dimasak sendiri memang puashati dapat makan puas puas. 

Jom layan rsipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Video juga ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
 


Cempedak Goreng Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar air kapur
½ cawan kelapa parut {boleh ganti dgn santan pekat jika tak ada kelapa parut)
Garam
Air ais secukupnya - biar cair jika suka banyak serdak
Sedikit serbuk kunyit
Minyak

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Jika suka berserdak, bancuhan mesti cair sikit.

Masukkan air kapur dan gaul sebati.


Panaskan minyak yang banyak sehingga betul betul panas. Celup cempedak dalam adunan tepung dan masukkan dalam kuali. 


Setelah nampak garing, baru diterbalikkan. Setelah garing, bolehlah diasingkan cempedak goreng yang melekat satu sama lain.


Setelah garing dan berwarna keperangan, bolehlah angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dinikmati.



Catat Ulasan for "Cempedak Goreng Rangup"