Roti Jala Dan Kuah Durian Yang Sedap
Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog saya yang telah singgah di blog dan sudi klik iklan yang keluar di blog. Maklum tidak semua yang faham akan kepentingannya kepada tuan punya blog. Ada yang komplen katanya blog saya banyak iklan.
Income dari iklan yang keluar di blog ini tidak sedikit sebanyak memberi motivasi untuk blogger seperti saya untuk terus menulis dan berkongsi resipi. OK setakat ini dahulu, semoga anda terus menyokong blog saya.
Kali ini saya nak bercerita bab durian kerana saya ingin kongsi resipi berkaitan dengan durian. Tahun ini langsung belum berpeluang makan durian musang King. Tapi yang bestnya, tahun ini saya dapat makan bermacam durian kampung yang sedap sedap semuanya. Semua durian kampung yang sedap di kebun sahabat kami di Segamat, di Bukit Gantang dan di Sg Petani.
Ramai yang menulis durian di Batu Kurau yang sedap dan banyak buahnya musim ini. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, bila ada sahabat yang menghantar. mesej menanya. kalau berminat untuk beli durian kampung dari Batu Kurau.
Saya order dalam 4 bekas dengan harga RM150 lebih kurang. Sedap sangat sehingga hari hari makan. Rasa bersalah pulak maklumlah durian ni kandungan gula sangat tinggi. Jadi tidak boleh dimakan terlebih dalam satu masa. Cuma durian kampung isinya tidak tebal dan tidak terlalu bergas seperti durian musang king.
Bila dah banyak stok durian di rumah, saya teringat untuk menyediakan kuah durian. Ya lah masakan ini hanya. dibuat di musim durian sahaja. Biasanya kuah durian sedap dimakan cicah roti sahaja.
Tapi kali ini teringin nak makan dengan roti jala. Kebetulan pula, Juita WFH, jadi sebaik dia habis bekerja, saya minta dia tolong jalakan roti. Ngam ngam semuanya siap untuk dimakan berbuka puasa. Alhamdulilah.
Hahaha puas hati bila dapat makan apa yang dihajati. Saya makan waktu berbuka dan keesokan paginya, tengok masih ada roti jala yang disimpan di bawah saji sahaja.
Tapi masih kekal lembut walaupun di bahagian atas sedikit kering kerana tidak ditutup. Wallaa sedap sangat dapat makan pagi. Maklumlah bila berbuka, dah minum air segelas, terus dah rasa kenyang kan.
Jom layan resipi dan cara saya menyediakan roti jala dan kuah durian. Selamat mencuba...
Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen
Bahan kisar:
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
3 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna
Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Tuang bahan kisar ke dalam bekas acuan roti jala lubang 5. Panaskan kuali dan dilenser sedikit minyak.
Jalakan adunan tadi sehingga masak atas api kecil dan setelah tidak lagi nampak tepung, boleh terus angkat.
Setelah selesai semuanya, boleh dilipat kiri dan kanan ke tengah. Kemudian dari bawah dilipat separuh ke tengah. Akhir sekali digulung padat dan kemas.
Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau kuah durian mengikut mana mana yang disukai.
Kuah Durian
12 ulas isi durian
1 ketul gula melaka - 70 gram
½ cawan gula
2 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 kotak air atau secukupnya
½ sudu kecil garam
½ cawan gula
2 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 kotak air atau secukupnya
½ sudu kecil garam
Cara cara:
Masukkan isi durian, santan, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
Selepas itu, masukkan gula pasir, gula melaka dan garam. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati.
Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidang.
Nota:
Ada orang yang akan mengambil hanya isi durian tapi saya masukkan sekali dengan biji. Ikutlah cara mana yang disukai.
Catat Ulasan for "Roti Jala Dan Kuah Durian Yang Sedap"
Add your comment