Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Happy Birthday Nur Hana Medina

Azie 04/07/2022 Catat Ulasan

Alhamdulillah sambutan kecil kecilan untuk hari jadi Medina yang ketiga disambut di rumah besan kami di Shah Alam Hanya anak beranak sahaja yang hadir kerana dibuat pada hari bekerja. 



Tahun lepas kami tidak dapat menyertainya kerana ketika itu, negara sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Harijadi Medina yang kedua, hanya disambut oleh keluarga besan kami sahaja.

Untuk harijadi tahun ini, Medina mahukan tema princess Cinderella. Malah setiap hari sebelum sampai harinya, dia asyik bertanya ibunya mana baju cinderella dia. 

Saya menghadiahkan dengan menaja hotel untuk percutian mereka di Cameron Highland sebagai hadiah birthday Medina dari kami.

Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar anak anak dan seluruh. keturunan saya menjadi anak yang soleh dan solehah. Begitu juga pada Medina, semoga Medina menjadi anak yang cantik paras rupa, berjaya di dunia dan di akhirat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan Medina. Aamiin. 




Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan