Sambal Tumis Isi Kupang
Semasa ke Sg Petani baru baru ini, kami ke Titi Semeling untuk mencari buah nipah, ternampak ada dijual ketam nipah yang masih hidup dan juga lokam serta kupang.
Sementara menanti buah nipah sampai, saya melihat lihat barangan yang dijual di gerai Puan Lizza. Bila nampak ketam masih bergerak gerak dan kupang yang masih segar, tiba tiba rasa nak beli untuk bawa balik. Puan Lizza mengeluarkan isi kupang yang baru diproses dari dalam freezer. Melihat ianya masih baru, saya mengambil 2 bekas.
Kalau isi kupang, saya lebih suka memasak sambal tumis atau masak lemak atau digoreng dengan sayuran campur. Produk makanan laut ni, lebih sedap dimasak simple simple, baru terasa manisnya.
Hari ini saya memasak sambal tumis kerana stock cili kering kisar telah saya keluarkan dari freezer. Kalau masih keras membeku, memang membantutkan hasrat untuk memasak. Tapi bila cili kisar tersedia, waah. terus jadi jer.
Bahan utama yang menjadikan saya memasak atau tidak pada hari tersebut ialah cili kisar. Ya lah dok sorang sorang di rumah ni, malas nak memasak bagai. Malam bila anak anak balik, semua dah tak nak makan. Akhirnya lauk kena simpan dalam peti. Bila dah simpan, kadang langsung tak makan. Membazir pulak.
Jom layan resipi dan cara penyediaan sambal tumis kupang cara saya. Mungkin sama jer dengan cara orang lain. Selamat mencuba…
Sambal Tumis Kupang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
200 gram isi kupang
½ sudu kecil garam
2 sudu besar gula
¼ sudu kecil pes asam jawa
½ biji bawang besar - hiris
1 cawan minyak
Bahan kisar:
1 ½ biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Boleh ulang beberapa kali bagi memastikan cili benar benar masak.
Masukkan gula, garam dan pes asam jawa. Kacau rata sehingga sambal sebati.
Masukkan isi kupang dan kacau rata. Masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. Boleh angkat. Nota: jika kering, boleh masukkan sedikit air.
Catat Ulasan for "Sambal Tumis Isi Kupang"
Add your comment