Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Dan Nasi Lemak Menggunakan Noxxa



Assalamualaikum semua, telah lama saya tidak bersiaran kerana mengikuti geng alumni untuk program jalan jalan cari makan di Muar, Pontian dan Johor Bahru sambil menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat kami, Datuk Haji M Khairi dan Datin Mai Zatul Akmar di Mega Devilla. 

Hari ini hari kedua, saya keseorangan di rumah kerana pembantu saya telah balik. Pagi pagi saya bangun untuk menyiram pokok pokok sekeliling rumah. Ada jer Juita dan Aween tapi mereka dengan urusan mereka di bilik masing masing. Juita work from home.   

Walaupun dah lama memiliki periuk tekanan tapi. hanya kebelakangan ini sahaja saya mulai menggunakan periuk tekanan Noxxa untuk memasak. Sebelum ini saya hanya menggunakannya untuk merebus daging dan tulang sahaja kerana ianya memasakan masa yang lama untuk empuk.

Ada juga sekali sekala saya menggunakannya untuk memasak lauk seperti kari. Bila memasak lauk seperti ini, kuahnya akan masak dan terbit minyak dengan cantik.  

Haa boleh tengok sambal ikan bilis yang saya sediakan sebagai lauk nasi di bawah ini. Cantik terbit minyak dan garing elok sambalnya. Sambal kalau tidak dimasak sempurna akan terasa seperti sambal atau cili mentah gitu.  


Hari Isnin lepas Ros, pembantu rumah saya telah pun balik ke Indonesia. Balik for good kerana dia pun dah tak berapa larat lagi, banyak sakit sakit sendi juga. Jadi lepas ini, saya kena lah gunakan periuk Noxxa sebagai pembantu kerja kerja dapur saya.

Sambal ini bukan sahaja masak sempurna tapi juga cepat disediakan. Tak banyak mengotorkan dapur akibat percikan sambal seperti yang dimasak atas dapur biasa. Tapi kenalah juga letakkan penutup jaring jaring tu. 

Sambal nasi lemak ini boleh dibuat banyak banyak dan bahagikan kepada beberapa bahagian dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk atau peti beku jika untuk simpan jangka masa lebih lama. 

Lepas ni tinggal masak nasi dan goreng telur mata jer. Dapatlah nasi lemak paling mudah. Yang lain lain accesori tu macam ika bilis goreng, timun dsb, bolehlah disediakan jika rajin kan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik Follow Blog ya. Selamat mencuba...  


Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak 
Oleh:  Azie Kitchen

Bahan kisar:
2 biji bawang besar - saiz besar
6-7 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan - opsyenal
1 sudu besar ikan bilis

Bahan lain:
1 mangkuk ikan bilis
3 sudu besar cili kering kisar
½ sudu kecil garam
½ sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar gula
¾ cawan minyak masak

Cara cara:
Pilih fungsi Stir Fry, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan semua bahan lain dan masak sehingga terbit minyak. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga terbit minyak cantik. Siapp.

Nota:
Tutup dengan jaring penutup supaya sambal tidak merecik ke tangan ketika dimasak.  


Nasi Lemak

3 pot beras
4 pot santan - guna pot/cawan yang sama
1 sudu kecil garam
2 biji bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris kasar
2 helai daun pandan

Masukkan beras yang telah dibasuh dan. ditos bersama semua bahan lain ke dalam Inner pot. Tekan fungsi RICE selama 7 minit. 

Rebus Telur 
Lapik inner pot Noxxa dengan. tuala dapur dan tuang air sehingga ianya agak agak lembap.  Susun telur dan tekan fungsi STEAM 2 minit atau fungsi MANUAL 2 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk supaya mudah dikupas kulitnya. 


Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Dan Nasi Lemak Menggunakan Noxxa"