Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Kacang Dan Homemade Nasi Impit Menggunakan Noxxa



Kalau di Kelantan, biasa sahaja bagi kami bersarapan dengan nasi impit, kuah kacang dan sate. Sate biasanya dalam 2-3 cucuk sahaja. Kuah kacang dimasukkan dalam plastik kecil dan dibungkus sekali bersama nasi impit dan sate. 

Tiba tiba jadi teringin sangat nak makan makanan sarapan yang sangat sedap ini. Kalau tak ada sate pun, sedap jer makan nasi impit dengan kuah kacang. Bila dah teringin tu, kita masak jer lah. Tak perlu buat banyak.

Hari ini saya terlebih rajin bila saya menyediakan nasi impit sendiri secara menggunakan periuk tekanan. Biasanya saya rebus nasi impit yang dibeli dalam pek plastik kecil. Tapi percayalah nasi impit yang dibuat sendiri lagi sedap. Hahaha tak caya? Haa kalau tak caya, boleh cuba sendiri. 


Saya masak tak banyak pun tapi boleh dimakan dua tiga kali lah juga. Lebihan kuah kacang saya simpan dalam bekas dan dimasukkan dalam peti ais. Jadi kalau teringin, buat jer sendiri. Dapat makan beberapa kali. Yang pasti, ianya sedap kerana ikut selera kita sendiri kan.

Cepat jer menyediakan nya kerana banyak menggunakan gadjet di dapur. Kacang tanah dipanggang dengan air fryer, tak perlu lagi nak selalu dikacau. Nasi impit pula menggunakan periuk tekanan. 

Kuah kacang pun saya masak dengan menggunakan periuk tekanan juga. Cantik kejadiannya. Jadi semua alatan dapur ini membantu mempercepatkan kita memasak.


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....  


Kuah Kacang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram kacang tanah
1 liter air
2 sudu besar cili kisar
100-150 gram gula - 11 sudu besar
50 gram gula Melaka
¼ sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
⅜ cawan minyak masak

Bahan kisar:
3 - 4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm lengkuas
¾ sudu besar udang kering

Cara cara:
Basuh dan tos kacang tanah. Air fry 160C selama 20 minit. Ramas ramas kulit kacang. 


Kisar kacang dengan ½ liter air. Separuh ditumbuk kasar. Tuang dalam periuk dan masak sehingga kacang kembang dan air hampir kering. Tutup api dan ketepikan.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis atas api perlahan sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak lagi. Boleh ulang proses ini untuk pastikan cili benar benar garing.


Masukkan baki air, kacang kisar dan bahan lain. Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali. Kalau nampak pekat sangat, tambahkan sikit lagi air.

Masak ni dalam 1 jam -2 jam sebab guna api kecil je. Biar kan kuah kacang bertukar warna gelap, nampak berminyak di permukaan dan pekat, barulah sedap.

Nota:
Kalau untuk makan dengan nasi impit sarapan, saya lebih. suka jika ianya tidak terlalu pekat. 

Saya masak guna periuk tekanan Noxxa bagi memastikan kuah masak dan cantik. 


Nasi Impit

2 cawan beras - basuh
6 cawan air -  cawan sama dengan sukatan beras
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam

Cara-cara
Masukkan beras (1:3) dan air.
Tekan RICE 30 minit dan hala tombol ke pressure. Selesai masak, gaulkan nasi. 


Ratakan dan tekan tekan untuk mampat dan impit nasi dalam inner.


Biarkan sejuk selama ½ hingga 1 jam. Selepas itu, boleh terbalikkan inner periuk dialas dengan pinggan untuk keluarkan nasi. Sedia untuk dipotong.


Catat Ulasan for "Kuah Kacang Dan Homemade Nasi Impit Menggunakan Noxxa"