Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging goreng Kunyit Kelantan Menggunakan Noxxa


Lauk yang cukup terkenal di Kelantan terutama di musim hari raya Haji di mana ramai memasak daging korban. Memasak daging ini sangat mudah tapi jika tak kena caranya, ianya tidak menjadi sesedap di Kelantan dan daging juga kana menjadi liat.

Kalau di rumah kakak saya, ketika lembu korban dilapah dagingnya, kakak saya akan menimbang dan mengambilnya sedikit dan memasak daging goreng kunyit. 

Sebaik selesai urusan melapah dan membahagikan daging, semua akan dijamu nasi putih dengan daging goreng, sambal belacan Kelantan dan ulam ulaman. Wallaaa sedap giler.

Jika kita menggunakan daging yang menpunyai sedikit lemak lemak lagi sedap. Lemak yang tidak hancur tu. Masya Allah terus teringat nak makan daging goreng kunyit. 

Selain dimakan dengan nasi putih, lauk ini juga sedap dijadikan lauk nasi kerabu Kelantan. Dagingnya basah basah dengan minyak tu, bila digaul dengan nasi, aduhaai sedap sangat.


Kalau nak jadi seperti original daging goreng Kelantan, gunalah guna cili solok atau cili yang berwarna hijau muda. Kat Kelantan memang inilah cili yang digunakan. Kalau di sini, ada juga dijual di Village Grocer dan beberapa tempat lain. Bersaiz agak besar kalau cili di sini. Kalau di Kelantan, saiz biasa sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Daging Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
250 gram daging - guna yang ada lemak
Garam
Serbuk kunyit
Cili hijau/cili solok - lagi banyak lagi sedap
½ biji bawang besar - hiris
Serbuk perasa
Minyak secukupnya

Cara cara:
Masukkan daging yang telah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk tekanan Noxxa. Tak perlu masukkan air. Nota: kalau memasak secara manual, guna masukkan air untuk merebus daging sehingga empuk.

Tekan fungsi MEAT selama 20 minit. Kemudian, tekan fungsi STIR FRY untuk keringkan air sehingga air hampir kering. Nota: pastikan masih ada sedikit air.

Masukkan minyak dan setelah sedikit keperangan, masukkan bawang besar dan cili atau lada solok. Nota: jangan goreng lama kerana daging akan menjadi liat.

Jika suka, masukkan sedikit aji no moto. Boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.




Catat Ulasan for "Daging goreng Kunyit Kelantan Menggunakan Noxxa"