Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ayam Masak Merah



Sebelum kita masuk bab resipi ayam masak merah, dah klik follow blog? Dah klik iklan yang keluar? Klik lah, mudah jer sebagai tanda sokongan kepada blog saya. Juga untuk memberi motivasi agar saya lebih bersemangat untuk ber blog. 

Ayam masak merah adalah lauk yang paling popular untuk majlis majlis seperti majlis kawin, majlis rumah terbuka dsb. Jadi ianya memang menjadi kegemaran ramai. Banyak resipi ayam masak merah yang hampir sama tapi berbeza dari segi bahan bahan sampingan dan cara penyediaannya.

Bila disebut ayam masak merah, pasti terbayangkan nasi yang berperisa seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi hujan panas dll. Boleh juga dimakan dengan nasi putih tapi agak kurang popular. 

Ayam masak merah saya hari ini, saya hidangkan dengan nasi minyak. Boleh klik entri nasi minyak di SINI. Satu lagi keeper recipe untuk ayam masak merah saya, boleh klik di SINI.  Kedua duanya sedap, cuma mengikut bahan yang tersedia di dapur masing masing. Untuk acar timun, boleh klik di SINI.


Resipi saya hari ini lebih kepada ayam masak merah yang biasa di masak di Kelantan di mana mereka akan memasukkan sedikit cuka untuk memberi rasa masam. Memang banyak resipi di Kelantan menggunakan cuka seperti juga mee hoon goreng, juga dimasukkan sedikit cuka. 

Bahan bahan opsyenal untuk hiasan bolehlah letak jika ada dan jika suka seperti kacang peas. Saya tak berapa suka, jadi kalau tak ada stock, memang saya tak letak. Kalau suka, bolehlah beli dan nampak lebih cantik kan. 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...



Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan lain:
1 ekor ayam
4 sudu besar cili kisar
1 biji buah tomato - cincang
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
2-3 sudu besar gula 
½ sudu besar garam 
Sedikit kicap cap kipas udang - opsyenal
Kacang peas
1 biji bawang besar kuning - hiris halus
½ cawan susu cair - opsyenal
½ cawan air panas
1 ½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan goreng ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan buah tomato. Nota: lebih sedap menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam.

Setelah terbit minyak, masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan 1 cawan air dan masak lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukupnya.

Sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan kacau sebati. Renihkan seketika supaya ayam masak sebati dengan kuah.


Masukkan kacang peas dan bawang besar hiris. Kacau rata. Masukkan susu cair. Jika pekat, masukkan ½ cawan air panas.

Nota:
Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air panas.

Minyak perlu banyak dan boleh diceduk keluar setelah masak.



Catat Ulasan for "Ayam Masak Merah"