Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian London - Shopping di Bicester Village Day 5



Hari pertama di Bicester Village, saya bangun pagi dan menyediakan sarapan ringkas nasi goreng dan sandwich sardin. Ja dan Amy datang ke apartment untuk menghantar kuih untuk sarapan kami. 

Masya Allah, sedap sungguh kuih ketayap yang Ja sediakan. Wangi dengan haruman pandan. Kulit ketayapnya lembut dan intinya pun seperti menggunakan kelapa muda yang secukup sahaja kemanisannya.


Saya sebenarnya bukan penggemar kuih ketayap kerana di tempat kita saya tak pernah bertemu dengan kuih ketayap yang sedap. Ada kalanya kulit keras. Ada kala intinya keras dan terasa pahit. 

Jadi kalau sesiapa nak rasa kuih ketayap sedap hasil air tangan Ja, boleh order dengan Ja. Instagram Ja ialah @ukdotmy. Ja juga ada homestay dekat dengan Bicester Village ini. Selain itu, mereka juga ada memberikan perkhidmatan kereta sewa.

Selepas Ja balik, Kami kemudian ke Bicester Village. Seharian juga kami di sini. Memang agenda pada hari ini ialah shopping di Bicester Village sahaja. 


Telah 5 tahun Juita menjadi Part time Personal Shopper. Jadi Juita dan Nelly banyak mencari cari barangan kiriman customer mereka. Instagram Juita untuk ini ialah @shopforyou.my 


Seperti biasa, saya hanya window shopping. Bila penat, kami singgah minum sambil menunggu anak anak bershopping.


Hari ini sekali lagi kami ke Shan Shui untuk makan tengahari. Portion nya agak besar, jadi memang tak dapat habiskan. 


Selepas makan kembali menyambung agenda shopping sehingga petang, baru kami keluar dari Bicester Village. 



Catat Ulasan for "Percutian London - Shopping di Bicester Village Day 5 "