Percutian London 19 Mac 2022 - Day 1
Alhamdulillah. Hari ini saya akan mulakan catatan perjalanan percutian saya dan keluarga ke London dan Scotland dari 19 Mac sehingga 2 April 2022. Kami sampai di rumah, pada malam pertama umat Islam di negara kita memulakan solat sunat terawih. Catatan ini adalah sebagai kenangan buat saya sendiri dan rujukan kepada mereka yang mungkin kali pertama ke sana.
Setelah lebih 2 tahun kami menunda percutian ke London, akhirnya 19 Mac kami berangkat ke London. Boy, Mia dan Medina yang sepatutnya ikut percutian Julai 2020, tak dapat ikut kali ini. Kami sepatut bercuti pada Julai 2020 tapi disebabkan pandemik Covid 19, percutian ditunda dan kami bernasib baik kerana pihak penerbangan Qatar Airline telah memulangkan semua duit kami.
Kami bertolak dari rumah sebelum pukul 5 pagi. Sesampai di KLIA kami terus check in. Kemudian segera turun untuk solat Subuh di surau bahagian depan imigresen. Ianya sebab kami tak mahu solat di surau tingkat pelepasan kerana orang mesti ramai.
Ingatkan nak sarapan di terminal sahaja. Tapi tak banyak cafe yang buka menyebabkan orang yang beratur terlalu panjang dengan tempat makan yang kecil sahaja.
Jadinya pagi kami tidak bersarapan sehingga makan hidangan atas flight. Hahaha kali pertama, naik flight dengan perut kelaparan. Bayangkan duduk jer atas flight, dah mengharapkan cepatlah hidangan makan disediakan.
Flight bertolak pukul 9.20 dengan penerbangan selama 13 jam. Makan nasi lemak udang dan kek pisang. Walaupun tengah kelaparan, terasa nasi lemak atas kapalterbang tak sedap. Kadang terfikir, business yang dah secured.
Patut boleh jer masak nasi lemak dengan sambal yang sedap. Sambal seperti mana nasi lemak biasa yang sedap. Tak susah pun untuk membuat masakan yang sedap. Cukup bahan, cukup masak dengan lama, sedaplah kejadiannnya.
Dek excited agaknya, tak terasa pun penat dalam penerbangan. Saya lebih banyak bergerak dan melakukan regangan dengan berjalan di bahagian belakang. Saya banyak minum air kosong kerana tekak masih terasa gatal dan kering selepas covid. Risau lah pula kalau tiba tiba batuk tak berhenti dalam flight ni. Nanti passenger lain pun takut dengar ada orang yang batuk.
Ketibaan kami di Terminal 2, Heathrow International Airport yang merupakan kali pertama untuk saya. Biasanya terminal 4 yang rasanya lebih besar. Alhamdulillah kerana proses pemeriksaan oleh pihak imigresen lebih mudah, tiada pemeriksaan covid dan sebagainya pun. Tak ada ditanyakan apa apa pun. Risau juga saya masih belum betul betul sihat. Masih ada lagi rasa nak batuk dan kering tekak. Risau kalau terbatuk semasa pemeriksaan passport dilakukan.
Sebaik kami keluar untuk mendapatkan teksi yang boleh memuatkan kami dengan 8 bag bersaiz agak besar. Kena cari betul betul. Ada jer yang menawarkan teksi dengan charge yang sangat mahal. Jadi kena ambil masa sedikit supaya tidak perlu membayar kos tambang berlebihan.
Sebaik selesai pemeriksaan, kami keluar untuk mendapatkan teksi yang boleh memuatkan kami dengan 8 bag bersaiz agak besar. Kena cari betul betul. Ada jer yang menawarkan teksi dengan charge yang sangat mahal. Jadi kena ambil masa sedikit supaya tidak perlu membayar kos tambang berlebihan. Juita. menempah apartment yang agak jauh dari London, jadi tambang teksi juga agak tinggi.
Sesampai di apartment, kami terus keluar untuk mencari kebab Taza di Bayswater. Naik bas ke underground station. Cuaca tersangat sejuk. Penat lah pula bila dah lama tak banyak berjalan, apa lagi kena berjalan laju untuk mengejar underground.
Sesampai di kedai kebab, ramai lah pulak orang beratur sehingga keluar kedai. Dah lah kesejukan menggigil. Mereka hanya membenarkan 2 orang pelanggan sahaja berada dalam kedai dalam satu masa. Kami bernasib baik kerana ada tempat makan yang kosong. Jadi kami makan di situ sambil memanaskan badan.
Selepas makan, kami berjalan ke stesyen bas untuk balik ke apartment. Kalau nak pergi ke Oxford Street pun, kedai dah hampir tutup. Masya Allah waktu malam lagi lah sejuk menggigil gigil sepanjang jalan.
Catat Ulasan for "Percutian London 19 Mac 2022 - Day 1"
Add your comment