Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lidah Lembu Masak Merah Pedas


Lidah lembu adalah antara lauk kegemaran anak anak saya. Kalau di Kelantan, lauk lidah adalah sangat terkenal dan dimasak samada sup, colek atau dimasak merah. Lidah ni agak mahal kerana satunya, ia terhad dan kedua, nak mengambilnya pun agak rumit.

Selain digoreng atau dibuat sup, saya suka memasak lidah dengan masak merah pedas. Resipi ala ala Thai gitu. Dibuat sedikit pedas bagi menambahkan kesedapannya.


Kalau anda belum pernah mencuba masakan lidah, bolehlah. cuba resipi di bawah ini. Mudah dan cepat sahaja. Bahan bahannya pun simple jer. Kalau beli di kedai memang mahal, dah tu sedikit sahaja lidahnya. Yang banyak adalah bawang besar.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Lidah Lembu Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
Lidah lembu - dicelur dgn air panas dan buang kulit luar
1-2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - ketuk
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar pewarna merah

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan sos:
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan

Bahan hiris:
2 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji capsicum hijau
2 biji tomat
1 biji cili merah
5 helai daun limau purut
Cili padi
Daun bawang

Cara-cara:
Rebus lidah yang dipotong besar dan disiat kulitnya. Kemudian hiris nipis dan direbus lagi dengan sedikit pewarna merah sehingga empuk.

Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Terus menumis sehingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air rebusan lidah tadi serta air asam jawa.

Apabila mendidih dan sedikit pekat, masukkan lidah lembu tadi dan masak sehingga masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.




Catat Ulasan for "Lidah Lembu Masak Merah Pedas"