Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging Berempah Paling Sedap Tahun 2022



Assalamualaikum semua. Terima kasih pada follower saya yang masih sudi singgah dan mencari resipi di blog saya. Blog yang semakin lama semakin sendu kerana kerancakan instagram, facebook dan tik tok serta youtube.

Tapi tak mengapalah saya akan terus berkarya di sini selagi hati saya terbuka. Bila rasa dah tak ada lagi pengunjung, bolehlah privatekan untuk rujukan anak anak sahaja. Hahaha. 

Setakat ini masih ada yang membacanya. Masih ada yang sudi untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Resipi saya tetap free dan tidak pernah terlintas untuk membuat PJJ dan mengenakan bayaran. Semoga saya terus begini. Alhamdulillah. 


Saya dah lama tak menyediakan rendang daging. Dah nak raya kan, tiba tiba terasa nak makan rendang daging yang sedap. Taraaa maka terhasil lah rendang daging berempah yang paling sedap setakat ini di tahun 2022. 

Kalau ikut resipi ini, Insya Allah pasti sedap dan menjadi. Asam garam tu, ikutlah lidah dan tekak masing masing jika tak mahu ikut tekak saya. Hahaha betul tak? Kita yang buat dia kan? 

Kalau untuk rendang, lebih sedap jika daging dipotong besar dan tebal, barulah kita dapat merasa daging yang berurat urat tu. Alaaahai dah terbau lemang dan pulut kuning dah ni.

Saya ada sediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Siapa nak kan resipi boleh singgah di channel saya dan subscribe....

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 



Rendang Daging Berempah Paling Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging - dipotong tebal
5 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari daging
500 ml santan segar pekat
3 sudu besar kerisik
½ keping gula Melaka - 55 gram
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris halus
¾ sudu besar garam atau secukup rasa
¾ cawan minyak masak

Bahan sangai & kisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
½ sudu besar jintan manis

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan pes rempah kari yang dibancuh dengan bahan sangai. Tumis sehingga rempah masak. 

Masukkan cili kisar dan tumis atas api sederhana sehingga terbit minyak. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.

Masukkan daging dan masak sehingga daging hampir empuk. Nota: boleh masak dalam periuk tekanan selama 30 minit.

Masukkan santan dan masak sehingga hampir kering. Masukkan kerisik, gula melaka, garam dan asam keping.


Bila rendang hampir kering, tabur daun kunyit dan masak lagi sehingga kering yang disukai.



1 ulasan for "Rendang Daging Berempah Paling Sedap Tahun 2022"

  1. Slmt Hari Raya 2022 puan...
    Saya adalah salah seorg yg mmg akan tgok/mencari resepi dr blog puan..
    Jgn berhnti mencoret atau berkongsi resepi di blog puan.
    Sbb setiap kali sy cuba memasak menu baru atau yg lain sy mmg rujuk resepi di blog ini.
    Terima kasih puan sudi berkongsi resepi masakan disini.. Resepi sng ikut dan sng nak faham.
    Sy akn bookmarks resepi or add to my home screen hp..sng nk buat sbg rujukn bila masak.

    BalasPadam