Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Hijau Sedap Untuk Hidangan Berbuka Puasa



Selamat berpuasa pada semua follower. Ramadhan Kareem. Semalam hari pertama berpuasa saya tidak solat terawih di surau kerana saya masih keletihan dan jet lag. Saya bangun pagi dan melakukan solat terawih sendirian sebelum turun untuk sahur. 

Mungkin selepas 2 minggu lasak berjalan sana sini, menjadikan saya sangat letih. Dalam penerbangan pun rasa sakit badan dan tak rehat seperti mana penerbangan ke London. 


Insya Allah hari kedua berpuasa, saya akan cuba menunaikan solat terawih di masjid. Lagi pulak ujian RTK professional yang perlu dilakukan dalam masa 24 jam selepas ketibaan adalah negatif. Jangan pulak kehadiran kita boleh memudaratkan orang lain.  

Walaupun 48 jam sebelum penerbangan balik, kami telah dikenakan untuk melakukan ujian RTK professional di London. Maklumkan sekarang di London telah adanya variant baru selepas Omicron. Kos untuk test covid yang disyaratkan untuk kemasukan ke Malaysia agak tinggi juga untuk kami berlima, rasanya hampir satu ribu ringgit juga. 

Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan untuk berkongsi video Rendang Ayam Hijau di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI dan untuk saya kongsikan resipi di blog kesayangan saya ini. 

Harap selepas membaca, anda sudilah untuk klik iklan yang keluar di blog bagi memberikan sedikit pendapatan buat blogger sepenuh masa seperti saya. Walaupun tidak banyak, cukup untuk memberi motivasi untuk terus update resipi di blog yang kian sendu ini. 

Maklumlah orang ramai sekarang telah beralih ke Instagram, TikTok dan macam macam lagi platform media social. Tapi saya yakin masih ada follower yang membaca blog ini.

Jom layan resipi di bawah ini. 


Rendang Ayam Hijau Sedap 

Oleh: Azie Kitchen


Bahan A: kisar

10 biji cili besar hijau

10 biji cili api hijau

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

2 batang serai

1 sudu kecil serbuk kunyit 


Bahan B:

1 ekor ayam

500ml santan segar  

2 keping asam keping

2 sudu besar kerisik

2 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit - hiris

1 KUIB PATI AYAM KNORR 

1 cawan minyak masak 


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.


Masukkan ayam. Kacau rata sehingga sebati.


Masukkan santan, asam keping dan daun limau purut. 


Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak dan kering yang disukai. Boleh tutup api. 



Catat Ulasan for "Rendang Ayam Hijau Sedap Untuk Hidangan Berbuka Puasa "