Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Asam Pedas Ayam Mudah Dan Sedap



Alhamdulillah kita telah pun memasuki minggu kedua Ramadhan. Bagaimana dengan puasa anda? Bagaimana dengan prestasi ibadah kita setakat ini. Masih ada masa untuk kita memnbuat muhasabah diri dan memperbaikinya.

Saya masih lagi menpunyai sikit lagi masalah jet lag dan post covid. Insya Allah akan bertambah baik dengan izin Allah. DIharapkan saya dapat fokus untuk mengejar Ramadhan yang masih berbaki ini. Doakan saya ya. Sekarang kita masuk pula bab resipi hari ini iaitu asam pedas ayam. 

Pertama kali saya makan ayam masak asam pedas selepas mesyuarat di agensi hubby. Ketika itu, makan dengan dicicah roti. Sangat sedap, satu periuk yang dibawa sekejap sahaja dah licin. 

Dari situ, baru tahu rupanya ayam pun sangat sedap dimasak asam pedas. Yang biasa kita jumpa ialah ikan dan daging terutama daging tetel. 

Ada pelbagai versi, ada yang suka asam pedas pekat dan ada suka cair. Jika suka pekat, masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak berlebihan kuahnya.Semua ikutlah selera masing masing.


Saya sediakan video lengkap penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa untuk klik subscribe bagi mendapat notifikasi video baru. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Masak Asam Pedas Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong kecil
1 batang serai - dititi
Daun kesum 10-20 gram
Sekuntum bunga kantan - dibelah 5
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
½ sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 Kuib Pati Ayam Knorr
½ cawan minyak

Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan) - guna 3-4 sudu besar cili kisar
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1-2 inci belacan

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.

Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula, lada hitam dan Kuib Pati Ayam Knorr. Kacau sebati.

Tambahkan air secukupnya.

Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang disukai. Tutup api.

Catat Ulasan for "Masak Asam Pedas Ayam Mudah Dan Sedap"