Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Masak Tiga Rasa Yang Sedap dan Wajib Dicuba



Alhamdulillah, kita telah sampai ke penghujung Ramadhan. Esok adalah hari ke 28 Ramadhan. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, saya diberi juga kekuatan oleh Allah untuk menunaikan solat terawih di surau mulai 10 malam terakhir Ramadhan. Ianya adalah kurniaan Allah kerana setiap apa yang kita lakukan adalah kerana dengan kehendak Allah juga. Bukan kerana kehendak kita. Jadi saya sangat bersyukur. 

Saya merasa sangat cemburu melihat orang yang Allah jemput untuk mengunjungi Tanah Suci di 10 malam terakhir ini. Saya redha dan berdoa agar saya berpeluang untuk mengunjunginya juga sebelum akhir tahun. Saya juga menyimpan azam untuk ke Tanah Suci di 10 akhir Ramadhan tahun hadapan. Insya Allah.  

Sepanjang Ramadhan ini, waktu tidur saya belum normal tapi itu juga hikmah dari Allah yang Allah sahaja Mengetahuinya. Insya Allah selepas raya saya akan ke klinik untuk mendapatkan ubat bantuan bagi regularise semula waktu tidur saya.  

Ada pelbagai resipi untuk masak ikan tiga rasa. Tapi resipi ini yang paling mudah dan sedap. Yang penting, paling mudah lah sebab bahan tak banyak, menyediakannya pun cepat jer. 

Ikan juga terpulang pada kita. Semua jenis ikan yang sedap pun sedap dimasak lauk ini. Boleh guna ikan siakap, jenahak, kerapu, bawal dan lain lain lagi. 


Jadi apa lagi? Jom lah cuba. Saya yakin suami dan anak anak pasti suka dengan lauk ini. Yang tak makan ikan pun, pasti akan makan ikan dengan resipi ini. 

Jangan lupa untuk picit iklan yang keluar di blog ini dan klik butang Follow Blog di bahagian bawah blog atau di sebelah kanan jika menggunakan PC. Boleh tak? 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Untuk melihat video di Azie Kitchen Youtube Channel boleh klik di SINI. Selamat mencuba... 


Ikan Masak Tiga Rasa

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap/bawal  
1 biji bawang besar Holland - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang Holland - hiris bulat
½ sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu besar gula
1 cawan air
¼ cawan minyak masak


Bahan sos:
1 cawan sos cili
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos tiram

Cara cara:
Lumur ikan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sekadar masak sahaja supaya isi tidak keras. Angkat dan tos.


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang Holland cincang. Setelah keperangan, masukkan bahan sos dan sedikit air. 


Akhir sekali, masukkan bawang hiris, gula dan serbuk perasa.


Sedia untuk dituang ke atas ikan yang telah digoreng. Nota: Jika suka, ikan yang lembut, masukkan ikan yang digoreng ke dalam kuah tiga rasa dan gaul rata. Jika suka ikan garing garing, tuang kuah ke atas. ikan goreng. 


Catat Ulasan for "Ikan Masak Tiga Rasa Yang Sedap dan Wajib Dicuba"