Sabtu, 30 April 2022

Dalca Telur Yang Sedap



Saya kadang kadang tak ada mood untuk update blog kerana setiap kali saya update entri baru sangat sedikit readernya walaupun ramai yang mengunjungi blog saya pada hari itu. 

Kenapa jadi begitu? Jawapannya kerana mereka tidak follow blog saya. Mereka tidak dapat notifikasi update entri baru. Mereka tidak respond pada entri baru. Sebaliknya mereka masuk ke blog saya dengan cara search di google untuk resipi tertentu yang mereka cari. 

Kadang kadang rasa malas nak update kerana jika tiada entri baru pun, viewer tetap ada. Mereka mencari apa yang mereka cari. Sedang saya pula dengan diri saya sendiri. Tiada connecting, tiada communication antara saya dengan readers saya. 

Jadi saya harap sangat agar anda dapat klik follow blog saya dengan klik Follow Blog. Mungkin ada yang merasakan blog ini old fashioned kerana dengan adanya social media, resipi. memang terdapat di merata rata termasuk dalam pelbagai video yang mengasyikkan untuk kita menontonnya. 

Tidak seperti dulu, orang berahsia dengan resipi keluarga, kini orang berebut rebut untuk berkongsi resipi tanpa perlu diminta. Tapi terus terang walaupun resipi dan video di merata rata, saya jarang mengambil resipi seperti itu. 

Saya lebih suka mencari resipi di blog yang mana ada catatan kisah resipi terutama resipi turun temurun. OK sekarang kita masuk pula bab resipi hari ini iaitu Dalca Telur. Resipi dalca telur ini saya belajar dari Amelia Thamby Hussin yang merupakan seorang pakar masakan yang hebat dan menpunyai restoran nasi beriyani yang terkenal di Melaka. 


Selain dari Amelia, saya juga membaca beberapa blog lain yang berkongsi resipi dalca telur. Setelah membaca semuanya, baru saya olah resipi mengikut citarasa saya sendiri. Ya lah, mereka menunjukkan resipi yang dimasak dalam jumlah yang banyak. Dan tidak dinyatakan sukatan bahan pun, sekadar menunjukkan bahan bahan yang diguna. Jadi kenalah pandai sendiri mereka dan mengagak sendiri sukatan bahan. 

Dalca telur saya hari ini sangat sedap. Keesokan hari dimakan pun lagi sedap. Kalau dicicah dengan roti canai pun pasti kebabom. Adui tapi bulan Ramadhan ni, tak ada masa nak keluar cari roti canai sebab selepas berbuka, kita ke surau. untuk bersolat terawih. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik iklan yang ada di blog dan juga untuk klik follow blog. Selamat mencuba.  


Dalca Telur Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram daging tetel - rebus
¼ cawan kacang dhal - rebus
5 biji telur rebus
4 biji cili kering - potong pendek
1 daun kari
1 sudu kecil biji sawi
2 biji bawang merah - hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
100 ml susu cair
Sedikit cuka
½ sudu kecil pes asam jawa
½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
½ biji buah tomato
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan rempah:
½ sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk garam masala

Bahan sayur:
3-5 batang kacang panjang
1 biji ubi kentang
1 batang karot
2 biji terung bulat

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng cili kering, biji sawi dan daun kari. Masukkan daging tetel. Nota: saya masukkan kemudian kerana saya rebus dulu daging dengan kacang dal.


Masukkan bawang merah hiris. Masak sampai garing dan terbit minyak.

Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.

Masukkan serbuk cili kasar, serbuk kari, serbuk kunyit ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

Masukkan daging dan kacang dal rebus serta air rebusan. Nota: saya guna 1.5 liter air rebusan. Kuah akan jadi sedikit pekat setelah sejuk.

Setelah mendidih, masukkan pes asam jawa.

Masukkan ubi kentang diikuti dengan karot. Setelah kentang hampir lembut, masukkan terung. Akhir sekali masukkan kacang panjang.


Setelah mendidih, masukkan susu cair dan sedikit cuka supaya tahan basi.

Akhir sekali, masukkan telur rebus. Sesuaikan rasa garam dan gula.

Nota:
Saya rebus daging bersama kacang dhal dalam periuk tekanan selama 25 minit.

3 ulasan

  1. Salam kak Azie, teruskan berkarya kerana di sini sentiasa ada peminat senyap yang menyokongmu tak kira masa😊 Selamat Hari Raya 🎊

    BalasPadam
  2. Guna rempah dalca kelantan ok tak kak

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Kak Azie and family! I love eggs and I love dalca. So it is nice that there is such a dish as Dalca Telur. Will try this recipe!

    BalasPadam

Add your comment