Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Lemak Cili Padi Dengan Knorr



Lauk pauk dan kuih muih saya di bulan Ramadhan tetap akan berkisar pada lauk pauk Melayu. Kalau saya menyediakan kuih muih ala barat macam yang menggunakan cheese pun, macam tak berapa laku. Yang laku, tetap lauk dan kuih muih melayu. 

Hari tu, kami menyediakan bakwan untuk dimakan berbuka, cukup laris sehingga sekejap sahaja dah habis. Ulang pula goreng masa bersahur, pun sekejap jer licin. Tunggu saya kongsikan resipinya. 

Begitu juga dengan lauk pauk, masih dengan lauk pauk tradisional seperti ayam masak lemak, berlado, asam pedas dan sebagainya. 


Lauk masak lemak ayam cili padi ini adalah antara lauk kegemaran anak anak saya. Kalau hari hari masak lauk ini pun, mereka tetap akan makan dengan berselera. Memang lauk seperti ini tidak menjemu dan memuakkan. Saya cuma pelbagaikan versi masak lemak ayam. Ini adalah antara resipi ayam masak lemak yang sangat popular di kalangan follower blog saya.  

Mungkin bahannya hampir sama sahaja tapi teknik penyediaannya yang sedikit berbeza menyebabkan hasilnya juga ialah keenakan ayam masak lemak yang berbeza dari biasa.

Kalau nak tahu bagaimana keenakannya, bolehlah mencubanya sendiri. Ikut langkah langkah yang saya tunjukkan di video. Jangan lupa untuk subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di di bawah ini. Boleh klik di SINI.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Ayam Masak Lemak Cili Api
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
500 ml santan pekat segar
300 ml santan cair (100 ml santan + 200 ml air)
1 sudu teh garam
1 keping asam keping
1 kiub Ayam Knorr - untuk kuah
½ helai daun kunyit - hiris halus

Bahan Tumbuk Halus:
8 tangkai cili api kampung hijau
8 tangkai cili merah Pakistan
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah

Cara cara: 
Ayam diperap dengan secubit garam dan ½ sudu teh serbuk kunyit selama 30 minit hingga 1 jam. Nota: Tabur serbuk kunyit bertujuan supaya ayam tidak berwarna pucat.


Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat

Masukkan avam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak.

Masukkan santan cair dan asam keping. Masak sehingga mendidin. Sebaik ayam empuk, masukkan separuh dari daun kunyit yang dihiris halus. Kemudian tambah santan pekat.

Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau.

Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil sehingga tiada buih buih halus dalam kuah. Sesuaikan rasa.

Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.



1 ulasan for "Ayam Masak Lemak Cili Padi Dengan Knorr"