Ayam Goreng Berlado Sedap Knorr
Hidup di zaman sekarang ini kena banyak berhati hati. Umpama berjalan di kawasan berduri, kena melangkah dengan berhati hati takut terpijak duri. Begitulah umpamanya dengan scammer di dalam dunia media social.
Malam tadi saya terima satu pesanan whatsapp dengan slip bank kononnya untuk beli buku saya. Beberapa minit kemudian dia hantar mesej kononnya terlebih transfer dan minta dipulangkan untuk buat bayaran lain. Saya pula terdetik rasa kesian dengan kesusahan orang, jadi terus transfer tanpa check akaun. Lagi pulak, katanya dia transfer melalui giro.
Bila share dengan anak saya waktu bersahur, baru sah yang saya dah kena tipu. Ada pengajaran untuk saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain. Zaman sekarang bukan macam dulu, kena ada sedikit rasa syak wasangka pada orang lain yang kita tidak kenal. Tapi percayalah setiap ujian yang menimpa, akan ada hikmahnya jika kita sabar. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.
Saya memang penggemar lauk berlado, selain rasanya sedap ianya juga mudah dan cepat disediakan. Bahan bahan yang sedikit sahaja. Sambal berladonya boleh digunakan untuk pelbagai jenis lauk seperti paru, daging, ikan, telur dsb.
Saya sediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jika anda belum subscribe, bolehlah subscribe untuk mendapat notifikasi video baru.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Ayam Berlada Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ ekor ayam (tanpa kulit)
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji buah tomato - cincang dadu
2 sudu besar gula
½ sudu besar Knorr Pasti Sedap
1 asam keping - jika perlu
½ cawan minyak masak
Bahan Kisar Kasar:
10 batang cili merah
5 batang cili padi - bergantung pada citarasa
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara cara:
Ayam dilumur kunyit dan digoreng sehingga separuh atau ¾ masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak.
Masukkan tomato, asam keping, gula dan Knorr Pasti Sedap.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak, baru dimasukkan bawang hiris. Sesuaikan rasa.
Setelah bawang layu, bolehlah tutup api.
Catat Ulasan for "Ayam Goreng Berlado Sedap Knorr"
Add your comment