Khamis, 7 April 2022

Agar Agar Pandan Tanpa Telur



Saya memang penggemar agar agar terutama yang simple simple berbanding dengan puding. Rasa kenyal kenyal agar agar yang sejuk, lagi menyebabkan rasa nyaman jer di anak tekak. Betul tak? Hahaha. 

Menyediakan agar agar ini pun sangat mudah dan cepat. Sekejap jer dah siap. Yang lama sedikit perlu menunggu ianya keras. Setelah sedikit mengeras, terus masuk dalam peti sejuk. Jadi waktu berbuka, ngam ngam jer dah keras dan sejuk. 


Ada 2 jenis agar agar pandan ini, ada yang imasukkan telur dan yang ini versi tanpa telur. Bila tanpa telur, lapisan atas akan lebih rata dan cantik. Jika suka ada telur, masukkan 1 biji telur dan kisar sekali dengan santan dan garam. 

Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya yang saya sediakan di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Sangat sedap. Saya berbuka puasa dengan makan agar agar ini dan selepas berbuka pun, makan lagi. Saya memang suka makan agar agar yang sejuk sejuk ni.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Agar agar Pandan Tanpa Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
20 gram agar agar tali
5 cawan air daun pandan - kisar dengan 3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau - opsyenal
10 gram gula batu 
170 gram gula pasir - ¾ cawan  

Bahan B:
1 kotak santan - 200 ml
100 ml air
Secubit garam

Cara cara:
Masak air dan agar agar sehingga larut. Setelah larut, masukkan gula batu dan gula pasir. Masak lagi sehingga gula larut dan mendidih.

Satukan santan, sedikit garam dan air. Kacau sebati. Tuang ke dalam periuk agar agar yang sedang mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak membuak keluar. Masak lama lama dan angkat. 

Tuang ke dalam loyang saiz 8"x8" atau apa apa loyang yang disukai. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Nota:
Sedap dimakan ketika sejuk sejuk.

Jika suka, boleh masukkan 1 biji telur dan kisar bersama santan dan garam. 



Add your comment