Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Udang Goreng Kunyit



Saya redha dan pasrah dengan ujian Allah yang telah ditakdirkan ke atas saya. Selepas lebih 2 tahun bertahan, akhirnya saya, suami dan cucu dijangkiti Covid 19. Memang rasa seperti sukar untuk dipercayai kerana sebagai seorang yang telah bersara, saya banyak habiskan masa di rumah. 

Tak ada lagi keluar keluar makan. Kalau ada nak buat makan makan anak beranak ke, kami order makanan dan makan di rumah sahaja.

Saya cuba recall semula di mana saya keluar dan sebagainya. Pada 2 Mac, saya bersarapan di luar sementara menunggu untuk membuat pemeriksaan mata di Optimax. Sebelah petangnya, saya keluar dengan anak ke OU untuk membeli barangan untuk dibawa semasa percutian kami ke London.

Ketika keluar, saya memakai mask sepanjang masa kecuali semasa makan. Kami makan pun sekejap dengan cepat sahaja. Meja kami juga agak jauh dari meja pelanggan lain. Keesokannya pun saya keluar untuk memperbaharui kad pengenalan. Itu pun sentiasa memakai mask kerana saya tidak makan kerana berpuasa. Saya membuka mask sekejap sahaja ketika untuk snap gambar untuk kad pengenalan. 

Jadi kesimpulannya kita tidak lah perlu terlalu detail mencari source dsb. Cukup mengetahui sedikit sebanyak supaya kita boleh inform orang lain, jika perlu. Selain itu, kita redha sahaja kerana musuh kita sekarang adalah virus yang tidak terlihat dek mata. 

Hanya Allah yang boleh mengangkat virus ini dari terus menyerang manusia samada dengan penawar pengubatinya atau cara lain. Yang penting kita telah berusaha dan ikhtiar dengan mengambil vaksin yang disarankan oleh pihak kerajaan dan juga menjaga SOP. 

Saya telah lengkap semua vaksin termasuk booster tetapi tetap kena. Ya tapi sekurang kurangnya effect tidak lah serious. Saya sendiri tidak menpunyai simpton yang ketara. Malahan, selepas swab test, CT value saya telah 39.93 bermakna virus telah lemah untuk menjangkiti orang lain tanpa saya sedari yang saya sebenarnya sedang mengalami jangkitan covid.. 

Oleh kerana saya dan suami sama sama positif kami kuarantin dalam bilik sahaja. Alhamdulillah pembantu kami negatif jadi dia dapat lah membantu kami menghantar makanan dan lain lain keperluan di hadapan bilik. 

Saya mohon anda semua mendoakan saya suami dan cucunda saya supaya diringankan ujian ini dan dipermudahkan dalam segala urusan. Aamen. Sekarang kita masuk pula bab topik masakan.


Sejak kecil, saya memang biasa makan udang goreng garam kunyit. Tapi hanya garam dan kunyit sahaja. Tak ada sayuran semua ini. Dan udang juga bukan udang laut tapi udang sungai. Udang yang ditangkap sendiri oleh arwah bapa saya di sungai yang terletak di belakang rumah kami.

Kadang kadang saya kena ikut untuk memegang pelepah daun nipah ketika bubu diangkat dari sungai supaya perahu tidak hanyut dek arus sungai yang deras. Sungai itu dalam dan airnya deras. Dengar cerita ada buaya walaupun tak pernah melihat sendiri. 

Oleh kerana terlalu biasa makan udang sungai, kami tidak pernah beli udang laut. Malahan saya tak kenal pun udang laut sehingga saya belajar di universiti. Kerana itu jugalah, saya kini jarang sekali membeli udang sungai sejak saya menpunyai keluarga sendiri. Mungkin dah jemu.

OK setakat ini dahulu, jangan lupa untuk menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di bawah ini. 


Jom jangan lupa untuk subscribe dengan klik Follow Blog dan juga klik Azie Kitchen Youtube Channel. Juga boleh tolong klik iklan yang keluar di blog saya sebagai motivasi untuk saya terus berkarya di sini. OK layan dulu resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Udang Goreng Kunyit

Bahan bahan:
450 gram udang
1 sudu kecil serbuk kunyit
¾ sudu kecil garam
2 ulas bawang putih - hiris
½ sudu kecil serbuk secukup rasa
Daun bawang
Minyak masak

Bahan lain:
1 mangkuk kacang panjang
1 mangkuk karot
1 mangkuk bunga kubis
1 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris

Cara cara:
Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.

Panaskan minyak dan goreng udang sehingga udang berubah warna dan kepala bertemu ekor. Angkat dan tos.

Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Masukkan karot, bunga kubis dan. Kacau sehingga separuh lembut.

Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili hiris. Masukkan serbuk pati ayam. Gaul rata dan masak sekejap sahaja. Tutup api.

Toskan minyak berlebihan. Tabur daun bawang dan sedia dihidangkan.


1 ulasan for "Udang Goreng Kunyit"