Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Putih Terung



Saat yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Telah lama menantikan tarikh graduasi anakanda kami, Juita ditetapkan selepas lebih 2 tahun tertangguh. Akhirnya tarikh pun dah dapat. 

Walaupun dalam keadaan Covid yang belum menampakkan perubahan besar terutama kes di dalam negara, kami bertawakkal sahaja. Berdoa agar kami sekeluarga dipermudahkan sepanjang perjalanan ini. Insya Allah, saya akan kongsikan lagi tentang persiapan perjalanan kali ini. 


Tiba tiba jer terasa nak makan masak lemak putih terung selepas Ina yang datang mengurut saya menyebut berkenaan lauk kegemaran nenek beliau. Sayur lemak kalau istilah orang Kelantan lebih sedap jika menggunakan ikan rebus atau ikan bakar. Jadi kuahnya lebih pekat dan lebih sedap. 

Tapi sebab dah tak ada stock ikan di rumah, terpaksa digantikan dengan ikan bilis sahaja. Sedap juga cuma lebih sedap menggunakan ikan rebus. Makan pula dengan sambal belacan Kelantan dan ikan rebus goreng. Wallaa sedap giler.

Jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di bawah ini. Jangan lupa untuk klik subscribe sekali tau. 



Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Masak Lemak Putih Terung

Bahan bahan:
4 biji terung
4 cili hijau
1 sudu kecil garam
1 kotak santan kotak + 2 kotak air

Bahan tumbuk:
2 sudu besar ikan bilis
2 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam

Cara cara:
Masukkan bahan tumbuk, santan dan air ke dalam periuk. Nyalakan api dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam.

Masukkan terung dan kacau rata sehingga terung lembut. Masukkan cili hijau. Sesuaikan rasa dan tutup api.


Catat Ulasan for "Masak Lemak Putih Terung"