Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Lala Dengan Spinach



Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, saya mohon anda semua klik Follow Blog dan juga klik mana mana iklan yang keluar di blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Sekejap sahaja, pejam celik pejam celik kita akan menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi. Telah 2 tahun kita bergelumang dengan Covid 19 yang membataskan banyak urusan kita. Jika Ramadhan sebelum ini, pasti yang terlintas di kepala sebelum bulan Ramadhan adalah untuk menunaikan umrah di bulan Ramadhan.

Tapi sejak Covid ini, saya belum lagi merancang untuk menunaikan umrah. Insya Allah saya masih merindui pengalaman berpuasa di Mekah. Semoga perasaan rindu ini sentiasa tersemat di hati. 

Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita semua. Insya Allah. Di sebalik ujian Covid 19, pastinya ada hikmah yang Allah akan bagi pada mereka yang bersabar. 

Sama sama berazam untuk meraih sebanyaknya pahala dan berbuat sebanyaknya kebaikan untuk mendapat redha Allah. Caranya mudah kerana segala kebaikan akan digandakan di bulan ini. 

Umur umat akhir zaman pendek pendek sahaja tapi dengan ganjaran pahala yang berganda, ia boleh membanyakkan pahala kita. Inilah keistimewaan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. 


Sebelum kita melihat resipi, kita bercerita bab lala dulu. Lala adalah salah satu dari lauk makanan laut kegemaran Aween. Memasak lala sangat mudah kerana ia tidak perlu lama. Sekejap sahaja dah masak.

Jadi jika nak memasak dengan cepat memang saya akan menyediakan lauk berasaskan lala. Masak sambal ke, masak masam manis ke atau masak serai ke. Semua sedap sedap. Jom tengok video penyediaannya di bawah ini. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Masak Lemak Cili Padi Lala Dengan Spinach

Bahan bahan:
1 kg lala
700 ml santan - guna 250 ml santan pekat + 450 ml air
½ ikat baby spinach
¾ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
¼ cawan minyak masak

Bahan tumbuk kasar:
15 tangkai cili padi merah dan hijau
1 inci kunyit hidup hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.

Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan garam.

Setelah mendidih rata. Masukkan lala dan kacau rata. Masukkan spinach dan kacau rata. Tutup api.


1 ulasan for "Masak Lemak Lala Dengan Spinach"