Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging BBQ Korea Dengan Knorr



Insya Allah esok adalah hari terakhir saya menjalani kuarantin di rumah. Tapi saya sangat bersyukur kerana Allah telah mendatangkan petunjuk supaya tidak lagi menyalahkan diri sendiri bila anak anak, menantu dan cucu cucu juga turut dijangkiti Covid. 

Kita perlu berusaha dan kemudian baru bertawakal. Memakai mask dan menjaga penjarakan sosial adalah salah satu dari cara cara dan usaha untuk menghindari rantaian jangkitan covid. 

Itu sebab saya akan menegur bila nampak orang memakai pelitup dagu dan mulut dengan hidung terdedah. Memang nampak mereka tak faham kenapa perlu memakai mask. Jika mereka faham bagaimana jangkitan covid berlaku, pasti mereka memakai pelitup hidung dengan sempurna. Bukan tutup mulut dan dagu.

Begitu juga dengan penjarakan sosial. Ada yang belum faham kenapa penjarakan sosial membantu memutuskan rantaian covid. Itu sebab masih ada yang bercakap dalam jarak yang dekat. 

Dalam dunia pandemik dan endemik ini, kita perlu jaga kita, bukan sekadar slogan tapi untuk difahami supaya kita lebih bertanggungjawab. Kalau ada simpton, kena mula kuarantin diri dan jangan keluar apalagi menghadiri majlis perkahwinan. Jangan kerana ujian kendiri negatif, kita rasa kita tiada covid kerana biasanya seseorang mula mendapat kesan positif selepas 4-5 hari selepas contact.

OK setakat ini dahulu, semoga kita semua lebih bertanggungjawab terutama pada orang lain. Covid ni real, saya yang mengalaminya rasa tak sanggup untuk mengalaminya lagi sekali. Jadi sama sama lah kita jaga kita. 


Hari ini saya ingin kongsikan resipi mudah ala ala Korea iaitu Daging BBQ Korea. Mudah dan bahan bahan yang diguna juga simple sahaja dan pasti tersedia di dapur masing masing. 

Jangan lupa mencuba serbuk Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu yang boleh menjadikan masakan kita lebih sedap dan berperisa. Boleh tengok video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di bawah ini. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua...  


Daging BBQ Korea

Bahan bahan:
300 gram daging batang pinang - hiris nipis
2 sudu besar minyak masak

Bahan Perap:
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar kicap masin
¼ sudu teh gula
½ sudu teh serbuk lada hitam

Bahan Lain:
½ biji bawang besar kuning - hiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu teh Knorr Pasti Sedap
1 sudu besar bijan - goreng garing tanpa minyak
2 sudu besar daun bawang hiris

Cara cara:
Perap daging dengan bahan bahan perap selama 15-30 minit dan simpan dalam peti ais bagi mengekalkan kemanisan daging.

Nota: lagi lama diperap, lagi sedap. Jika suka, rendam daging dalam air dicampur baking powder selama 15 minit untuk melembutkannya. Kemudian dibasuh bersih bersih dan sedia untuk diperap.

Panaskan kuali dengan minvak dan masukkan daging vang telah diperap. Masak dengan api perlahan sehingga daging masak

Balik balikkan daging sehingga masak di kedua dua permukaan. Boleh iuga masukkan sedikit air bagi mempercepatkan daging empuk. Masak sehingga daging lembut dan air kering serta terbit minyak.

Masukkan bawang besar hiris, cili merah dengan Knorr Pasti Sedap. Kacau sehingga bawang layu. Sedia untuk ditutup api. Akhir sekali tabur bijan sebelum dihidangkan.


Catat Ulasan for "Daging BBQ Korea Dengan Knorr"