Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Terung Bulat Berlado Yang Mudah dan Sangat Sedap



Antara 3 golongan manusia yang Allah akan musuhi mereka, ialah mereka yang bersumpah dengan nama Allah untuk mendapat sesuatu. Yang diberi dengan namaku maka dapat sesuatu. Bersumpah dengan nama Allah. Orang percaya kerana beliau bersumpah dengan nama Allah. Mereka diberi jawatan, diberi projek atau dibeli barang jualannya. 

Dalam hukum jual beli, makruh bersumpah walaupun atas benda betul. Tak boleh main main kan nama Allah. Walaupun mendapat untung sikit, tak perlu bersumpah. Contoh, cukup sekadar memberitahu, Ini madu asli. Tak perlu lah bersumpah, untuk memberitahu ini madu asli. Ini sepatutnya akhlak orang berniaga. Nak percaya, percaya lah. 

Bersumpah dalam keadaan bohong, adalah diharamkan. orang berniaga desperate nak untung atau nak cepat kaya sehingga  membuat iklan seolah mendapat restu dari Allah untuk buat. Contoh, Ini makanan sunnah lah. Ini Rasulullah pernah makan lah. Sedangkan Nabi Muhammad SAW tak pernah minum kopi susu kambing walaupun baginda pernah minum susu kambing. 

Jangan biasakan diri bersumpah terutama orang business untuk melariskan business mereka. Cukup setakat ini, petikan dari kuliah Zoom Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang berhubung tanda tanda dosa besar. Semoga bermanafaat. 


Sedap rupanya buat terung berlado menggunakan terung bulat. Memang saya jarang beli terung bulat. Kalau beli pun, untuk masak dalca sahaja. 

Kalau nak masak lodeh dengan lontong, saya mesti cari terung panjang. Jadi terung bulat ni beli sekali setahun jer. Tapi lepas ni, rasanya kena beli terung bulat untuk masakan terung lauk harian pun.  

Jom layan resipi dan cara penyediaan terung berlado yang mudah dan sangat sedap ini. Selamat mencuba...



Terung Bulat Goreng Berlado 

Bahan bahan:
3-4 biji terung
½ sudu besar garam
1 sudu besar gula

Bahan kisar:
4-5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato

Cara cara:
Terung yang telah dipotong direndam dengam sedikit air garam seketika. Tos dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau.

Masukkan garam dan gula secukupnya. Jika kurang masam, boleh tambah asam keping.

Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau sebati dengan sambal. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.

Catat Ulasan for "Terung Bulat Berlado Yang Mudah dan Sangat Sedap"