Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Ipoh Hari 3

 


Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan catatan perjalanan hari terakhir percutian keluarga ke Ipoh. Maklumlah bila dah lama, agak susah sikit nak mengingati tempat tempat yang dikunjungi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI dan di SINI

Pagi pagi kami tak ada plan untuk keluar ke mana mana. Selepas bersarapan di cafetaria, kami hanya ke kolam renang.


Saya hanya melihat mereka mandi manda sambil mengambil gambar gambar mereka. Selepas mandi, naik bilik dan mula mengemas ngemas.

Kami ke untuk makan Canning Dim Sum. Ramai yang menunggu. Nasib baik ada sistem nombor tanpa perlu beratur panjang di tengah panas. Jadi semua orang bebas untuk menunggu di mana mana sahaja sehingga nombor dipanggil.



Makanan di sini memang sedap. Patutlah ramai dan orang sanggup menunggu lama. Restoran ini juga telah mendapat pengesahan sijil halal. 

Konsep makan di sini, kita duduk dan pelayan akan menghantar menu makanan dan minuman kecuali dim sum, ia akan dibawa dan ditunjukkan kepada kita untuk dipilih.

Saya suka makan Fried Radish cake ala ala kuey teow goreng chinese style. Bezanya ia menggunakan radish cake iaitu lobak putih yang dibuat macam kuih talam dan dikukus, dipotong kecil dan kemudianya digoreng bersama telur dan taugeh. Saya dan Hubby menambah sehingga 3 pinggan.





Lepas makan, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah sempat solat Zohor di rumah. Maklum tidak selesa untuk solat di R&R di musim pandemik ini, melainkan kalau dah tak ada pilihan. Kita jaga kita. Jaga SOP. Sehingga kita bertemu dengan catatan perjalanan saya seterusnya.

1 ulasan for "Percutian Ipoh Hari 3"

  1. Kita yang duduk Ipoh ni pun belum pergi makan Canning Dim Sum lagi. He3😁

    BalasPadam