JJCM Melaka Hari 3
Pagi pagi hari terakhir di Melaka, bila buka mesej, ramai yang menjemput untuk belanja kami makan atau yang mahu menghantar makanan. Masya Allah rezeki dapat menikmati nasi beriani Amelia Tamby Hussin @ameliatambyhussin yang sangat sedap.
Resipi warisan turun temurun dengan kari kepala ikan jenahak antara menu istimewa yang dimakan dengan nasi beriani. Juga tidak lupa murtabak resipi warisan Haji Tamby Hussin yang wajib dicuba. Alhamdulillah.
Makan nasi beriani di Restoran Amelia Tamby Hussin meninggalkan kenangan terindah sebelum meninggalkan bumi MMelaka. Masakannya sangat sedap menggunakan resipi turun temurun dari arwahnya yang sangat terkenal di Melaka. Kalau ke sini, jangan lupa mencuba murtabak resipi warisan juga. Diberi belacan, gula melaka dan macam macam buah tangan lagi.
Sebaik tiba di hotel, Atiqah dan suami dari @little_malaycakitchen yang berpengalaman kerja di hotel hotel telah pun menunggu kami di lobi hotel. Mereka datang membawa laksa Johor untuk kami cuba. Masya Allah dan saya sangat bersyukur atas rezeki kurniaanNya.
Semasa dalam perjalanan balik, Husband menanya kalau ada nak singgah ke mana mana. Apa lagi, pastinya saya mahu singgah minum coconut shake. Tapi sayang sekali kerana kedai tutup.
Akhirnya ke gerai makan di Batu Berendam. Alhamdulillah ada dijual keria gula melaka. Tak perlu beratur panjang panjang dan rasa coconut shake pun sedap.
Dari situ, kami berangkat balik selepas membeli sedikit barangan untuk dibawa balik. Dengan itu juga, berakhirnya catatan perjalanan saya dan keluarga ke Melaka.
Catat Ulasan for "JJCM Melaka Hari 3"
Add your comment