Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Daging Dengan Umbut Batang Pisang Yang Sedap


Saya masih lagi memetik dari kuliah Zoom Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang berkenaan antara tanda dosa besar. Petikan ini berkenaan dengan bab orang yang upah orang buat kerja dan kerja dah sempurna tapi tak bayar gaji adalah juga berdosa besar. 

Kena bayar upah sebelum peluhnya kering. Kerana itu lah motivasinya dalam bekerja. Jika tidak dibayar gaji atau lambat, akan lemah motivasinya. Bila orang lain panggil dia jadi malas takut ditipu lagi. Atau dia kenakan charge yang mahal kerana takut ditipu lagi.

Namun begitu, asas atau syarat dalam Islam ikut syarat dipersetujui kedua pihak. Awak akan dibayar sekian bayaran jika siapkan kerja sekian banyak. Siap banyak ni, bayar banyak ni. Kalau tak siap saya tak bayar kerana saya susah nak cari kontraktor ganti menyiapkan kerja untuk repair. Contoh, kontraktor berjanji untuk buat sampai kolam dah tak bocor. Tapi kolam masih bocor dan kontraktor telah meninggalkan kerja. 

Kalau tak sempurna, kita tak perlu bayar kerana kita kena cari orang lain untuk baiki. Saya kena cari orang lain kerana kerja awak tak sempurna. Kita kena rombak balik kerjanya dan upah orang lain. 

Awak tak buat dengan sempurna maka awak tak akan dibayar. Syarat dipersetujui bukan untuk aniayai sesiapa. Tapi cara memudahkan urusan. 

Perkara ini selalu berlaku dalam kes pembinaan rumah atau pun kerja kerja renovasi rumah bila mana kontraktor melarikan diri tanpa menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga tuan rumah terpaksa mencari kontraktor lain untuk menyambung kerja dan terpaksa membayar dengan kos yang lebih tinggi. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan.


Semasa melakukan briskwalking di tasik depan rumah saya, ternampak banyak pokok pisang yang telah ditebang. Bila berjalan lagi, terjumpa pekerja taman yang sedang membersihkan pokok pokok yang ditebang atas arahan pihak MBPJ. 

Teringat pulak makan gulai daging dengan umbut batang pisang masa pergi ke Kedah dulu. Memang lauk ini popular di negeri negeri belah utara seperti Kedah dan Perlis. 

Saya menyediakan gulai daging hari ini menggunakan rempah gulai kawah dari Kelantan. Biasanya gulai seperti ini lebih sedap jika kuahnya sedikit cair cair gitu.

Jadi kalau anda belum pernah merasainya, boleh cuba menyediakannya sendiri. Serious sangat sedap. Video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini juga. Selamat mencuba... 


Gulai Daging Dengan Umbut Batang Pisang
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
500 gram daging tetel
½ kg empulur batang pisang 
1 liter santan
1 sudu besar kerisik
40 gram rempah gulai kawah 
2 keping asam keping 
Garam dan gula
½ cawan minyak masak

Bahan Tumbuk:
3-4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Cara cara:
Potong empulur batang pisang sepanjang 1 inci dan dibuang tali-talinya. Rendam  dalam air dan sedikit garam untuk mengelakkan ia jadi lebam.



Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat sebelum dimasukkan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.

Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga keluar air daging. 


Masukkan santan, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk.


Masukkan garam, asam dan sedikit serbuk perasa. Tutup api.


Nota:
Masakan ini tidak memerlukan santan yang banyak sebab kuahnya perlu cair aje.

Lebih elok mengguna batang pisang hutan atau batang pisang awak.


Catat Ulasan for "Gulai Daging Dengan Umbut Batang Pisang Yang Sedap"