Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sira Ubi Kayu Masakan Lama Yang Sangat Sedap



Hari ini saya ingin kongsikan satu resipi tradisional yang biasa ditemui di kampung kampung di mana pokok ubi kayu ditanam di belakang rumah dengan cara dicucuk batangnya sahaja. Cepat jer tumbuh. Selepas dicabut ubi, batangnya dicucuk lagi. Begitulah berulang ulang tanpa putus bekalan anak benih ubi kayu.

Tapi di sini nak cari ubi kayu susah, nak cari benih ubi kayu pun susah. Merata mencari ubi kayu ke NSK, ke Village Grocer, ke kedai runcit, semua tak jumpa. Akhirnya jumpa di gerai seksyen 8 Kota Damansara katanya stock sampai setiap 2 hari sekali.  

Masa mencari tu, teringat untuk menanam sendiri. Saya order benih ubi kayu dari shopee. Alhamdulillah dah besar, dan Insya Allah bulan April nanti dah boleh dicabut untuk ubinya. Cucuk di tanah belakang dapur sahaja. 


Sebetulnya saya sendiri tak pernah makan sira ubi kayu yang dimasak arwah Bonda. Seingat saya tak pernah lah. Biasa makan sira pisang sahaja. Cara penyediaan keduanya hampir sama. 

Kali pertama saya ingat makan kuih ini masa di rumah arwah Bonda Mertua. Teringat lagi kuah siranya yang basah basah pekat pekat. Wow sedap gitu. Tapi masa tu, tak semua orang pandai memasak kalau kita tak melihat sendiri cara penyediaannya. Jadi siapa yang ibu atau ahli keluarga pandai memasak sangat beruntung jika mereka berminat untuk belajar. 

Haa kepada anak anak yang baru belajar memasak dan baru berjinak jinak ke dapur, kena belajar masakan tradisional seperti ini supaya kita menjadi seorang wanita hebat di mata suami, anak anak dan keluarga. 

Ini yang dikatakan seorang wanita, setinggi mana pelajarannya, pasti akan ke dapur juga. Bukan bermakna menjadi seorang suri rumah tetapi sekali sekala memasak untuk suami dan anak anak gitu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI.


Selamat mencuba…. 


Sira Ubi Kayu

Bahan bahan:
200 gram ubi kayu
80 gram gula Melaka
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara cara:
Rebus ubi sehingga empuk. Setelah empuk, masukkan garam dan gula Melaka. Nota: jika air berlebihan, buangkan sedikit air. Jika air kurang, tambah.


Masak sehingga air gula kering dan bersalut pada ubi. Bolehlah tutup api.


Nota:
Jika suka sira basah berkuah, masukkan sedikit air dan jangan masak sehingga kering. 


Catat Ulasan for "Sira Ubi Kayu Masakan Lama Yang Sangat Sedap "