Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sedap Nyer Bubur Som Som



Assalamualaikum semua. Apa khabar. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Azam saya hari ini ialah untuk mengubah fokus dalam hidup saya supaya saya sentiasa melakukan yang terbaik dari semalam dan lebih baik keesokannya.

Sebelum itu, jangan lupa follow blog saya dengan klik Follow Blog dan juga klik iklan yang keluar tau. Semoga saya terus kekal bermotivasi untuk menulis blog.

Menjalani hari persaraan jika tidak dibuat persediaan adalah seolah mengejutkan. Terasa terkejut dengan kehidupan baru. Bila bangun pagi tak lagi ke pejabat. Duduk di rumah sendirian tanpa kawan untuk bercakap cakap.

Memang bekerja adalah paling best sebab kita akan sentiasa bersiap dengan pakaian dan make up cantik, punya ramai kawan kawan. Kalau kat rumah, tak adalah nak berbaju kurung, berkasut atau bermake up tebal kan.

Tetapi sampai satu tahap, kita akan merasa penat dengan rutin kerja. Bila kita tidak lagi produktif untuk bersama sama dengan staff muda yang sangat cergas minda dan fizikal mereka. Jadi ketika itu, persaraan adalah satu nikmat. Maklum tidak semua orang dapat menikmati alam persaraan.

2 orang rakan se fakulti dengan saya masa di universiti, satu group whatsapp telah meninggal dalam Disember baru baru ini. Seorang meninggal selepas seminggu bersara. Manakala seorang lagi belum bersara.

Untuk bersara, kena ada persiapan minda juga. Kena bersedia untuk berada sendirian di rumah terutama jika pasangan masih lagi bekerja. Kedua kena ada persiapan kewangan. Rezeki semua Allah yang tentukan tapi kita kena pandai mengaturnya.

Lebih lebih lagi kalau yang bersara tanpa menerima pencen bulanan seperti saya. Kalau masih ada komitmen seperti ada anak yang masih belajar, lagi kena pandai berjimat cermat menggunakan duit EPF yang ada. Bukit yang ditarah sikit sikit pun, akan jadi berkurangan. Jadinya bagaimana? Fikir fikirkan. Sekarang kita masuk pula berkenaan dengan masakan.


Bubur Som som ini sangat sedap. Rasanya macam ala ala kuih lompat tikam. Cuma warnanya berbeza tapi secara keseluruhan seperti makan kuih lompat tikam. Lemak lemak manis manis dan masin. Sedap sangat.

Dah nak puasa tak lama lagi, boleh lah belajar menyediakan bubur som som ni. Tengok kalau famili suka ke tak. Kalau suka, boleh sediakan untuk hidangan masa berbuka. Lagi satu kalau sesiapa yang belum mendapatkan buku resipi saya, boleh dapatkannya sekarang. Boleh buat rujukan untuk hidangan berbuka dan jamuan raya nanti. 

Jom layan resipi di bawah ini. Selamat mencuba semua…..


Kuih Bubur Som Som

Bahan kuih:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 helai pandan

Bahan Air gula:
1 keping gula Melaka - 140 gram
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
300 ml air
1 sudu besar tepung jagung - pemekat

Cara cara:
Satukan semua sekali bahan dan tapis. Masak dalam kuali dengan daun pandan dan kacau sehingga pekat dan masak berkilat serta meletup letup.

Hidangkan dengan air gula.

Nota:
Lebih sedap menggunakan santan segar. Jika guna santan kotak, boleh masukkan 1 sudu besar minyak.


Catat Ulasan for "Sedap Nyer Bubur Som Som"