Masak Lemak Udang Dengan Nenas
Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk mengemaskini blog saya yang dah lama bersawang. Insya Allah saya akan cuba update setiap hari atau beberapa kali dalam seminggu. Tapi jangan lupa untuk klik Follow Blog dan juga klik iklan yang keluar di blog saya.
Juita menegur kerana katanya saya telah lama tidak memasak dan membuat video seperti sebelumnya. Mendengar kata beliau menyebabkan saya seperti tersedar dari tidur. Di dalam blog saya. terdapat lebih 900 draft resipi yang belum saya publish.
Jadi saya rasa lebih baik lah saya update semua draft yang memang dah ada ini untuk mendapat manafaat oleh ramai orang. Lagi pula, pembantu rumah kami akan balik tidak lama lagi.
Balik for good, jadi mungkin agak memenatkan untuk saya kembali melakukan semuanya seorang diri seperti sebelum ini. Jadi anda semua yang masih setia dengan blog saya, jangan lupa nantikan entri yang akan saya kongsikan.
Saya memang suka masak udang dan ketam dengan masak lemak kerana kuahnya akan menjadi sangat sedap. Biasanya saya akan gaul kuah lemak dengan nasi putih.
Udang ni masak apa pun sedap, masak sendiri pun sedap tapi kalau digandingkan dengan nenas, lagi sedap. Memang sangat serasi.
Saya sertakan juga link untuk ke Azie Kitchen Youtube Channel di bawah ini. Jadi dengan masuk ke blog, ada dapat dua terus. Pertama dapat resipi penuh di blog dan juga video di Youtube.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Udang Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ kg udang
1 kotak santan kotak 200 ml
½ biji nenas
Garam
Gula - opsyenal
2 keping asam keping - jika belum cukup masam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
¼ cawan minyak masak
Bahan tumbukn kasar:
20 tangkai cili padi - ikut pedas
1 inci kunyit hidup hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
Cara cara:
Bahan atas ditumbuk kasar atau kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dengan daun kunyit sehingga naik bau. Masukkan udang dan kacau. Jangan terlalu lama supaya udang tidak kecut.
Masukkan santan cair dahulu. Kacau rata. Masukkan nenas dan garam.
Setelah mendidih rata. Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Bolehlah ditutup api. Jika belum cukup masam, baru masukkan asam keping.
Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Nenas"
Add your comment