Lala Masak Lemak Yang Sangat Sedap
Saya terbaca dalam satu forum akan satu negara yang tersangat kaya dengan hasil minyaknya. Selama ini saya memikirkan negaranya moden dengan infrastrukturnya maju dan rakyatnya juga kaya dan senang lenang.
Tapi bila dalam forum tersebut, ramai rakyat negara tersebut menulis yang ramai juga yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ye ke? Memang seperti sukar dipercayai kerana dikatakan infrasturktur agak mundur dan tidak stabil. Mungkin juga betul. Wallaahuallam.
Tapi pada pandangan saya, walau apa pun dan di negara mana sekali pun kita berada, kita mesti berusaha untuk hidup senang. Tidak boleh mengharapkan ehsan dan bantuan dari kerajaan semata mata.
Soal kerajaan, itu tanggungjawab pemimpin untuk menjawabnya. Tanggungjawab rakyat sebagai individu adalah berusaha. Muka bumi ini sangat luas, rezeki juga banyak. Tinggal perlu berusaha sahaja.
Rezeki orang tidak akan menjadi rezeki kita, rezeki kita juga tidak akan menjadi milik orang lain. Saya selalu mengingatkan ini pada diri sendiri bila ada masa saya jadi seperti sedih dan berputus asa. Saya akan cuba cepat cepat berdoa agar saya tidak mengeluh dengan takdir Allah dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah serta menyakinkan diri bahawa setiap makhluk telah dijanjikan rezeki.
Kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah juga adalah ujian. Jadi kita tak perlu rasa envy dengan mereka yang diuji dengan pangkat darjat dan kesenangan dunia. Tengok sahaja orang di sekeliling kita yang diberi ujian dengan lahir dalam dulang emas, perniagaan maju dan keuntungan besar, bagaimana kehidupan mereka.
Bukan semua, ada juga orang kaya yang merendah diri dan hidup bersederhana. Tapi kebanyakannya hidup dalam kekayaan melampau sehingga membeli handbag atau jam hampir setengah juta, sehelai tudung pun berpuluh puluh ribu.
Mendengar pun kita rasa takut kerana yang pasti kita akan ditanya dari mana kita dapat harta dan ke mana kita membelanjakannya. Analoginya jika kita tiada barang yang perlu declare di airport, laluan dan clearance, laju sahaja.
Tapi kalau banyak barang yang nak di istihar pasti banyak borang dan dokumen atau soal jawab dengan pihak kastam yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Ini yang selalu di dengar dari kuliah kuliah agama. Bukan analogi saya sendiri. OK cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.
Lala adalah lauk kegemaran Aween. Saya pun suka juga maka lala tapi sekarang terpaksa melupakan nya kerana serangan allergi yang menyebabkan saya tidak boleh lagi makan makan laut yang bercenkerang.
Lala ni sebenarnya sangat sedap dan yang penting senang dan cepat menyediakannya. Tak perlu berlama lama di dapur gitu. Jika sebelum ini saya memasak lala goreng bercili di SINI dan lala masam manis di SINI.
Semuanya sedap jika menggunakan lala. Jadi kali ini saya kongsikan resipi lala masak lemak pula. Kalau memasak lauk masak lemak, memang saya suka masukkan hirisan daun kunyit. Entah kenapa obsess sangat dengan rasa dan aromanya. Tapi kalau anda tak suka, tak perlulah masukkan.
Selain resipi di bawah, boleh juga menonton video di bawah ini. Jangan lupa klik subscribe youtube channel Azie Kitchen tau....
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Lala Masak Lemak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ kg lala
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
½ kg santan
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
Cara cara:
Masak bahan kisar dan serai sehingga air hampir kering.
Masukkan lala dan kacau rata. Masukkan asam keping, daun kunyit dan garam. Kacau rata sehingga lala terbuka.
Masukkan santan dan kacau rata supaya tak pecah minyak. Boleh tutup api.
Catat Ulasan for "Lala Masak Lemak Yang Sangat Sedap"
Add your comment