Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Homemade Keropok Lekor Idaman Hati



Sebelum masuk bab resipi, nak tanya anda yang sedang membaca entri ini dah klik Follow Blog ke belum? Kalau belum, harap dapat klik follow di butang sebelah bawah atau kanan jika menggunakan lap top. Bagi sokongan tau...

Saya nak kongsikan petikan dari kuliah Zoom Tokku Pasir Gudang, Ustaz Mat Esa Deraman berkenaan bab dosa besar iaitu menyakiti jiran. Salah satu nya ialah menghalang jalan orang yang merupakan dosa berat. 

Bila jalan ditutup kerana dipasang khemah seperti untuk diadakan majlis kawin. Kena minta redha dari jiran jiran. Atau pasang meja hanya pada hari majlis bukan beberapa hari dah pasang meja sehingga tidak dapat dilalui. 

Pasang khemah sahaja dulu yang boleh dilalui oleh kenderaan. Mengganggu orang yang mungkin ada kecemasan untuk ke klinik dsb. OK cukup setakat ini perkongsian ringkas dari saya. Semoga bermanafaat.


Saya sebenarnya sangat teringin nak makan keropok lekor sedap seperti mana yang pernah saya makan ketika di bangku sekolah. Keropok lekor atau kami panggil kepala keropok dijual oleh rakan sekelas saya, arwah Mahani Ibrahim.

Seketul kalau tak silap 20 sen. Sangat sedap dan teringat ingat kesedapannya hingga kini. Isinya yang banyak ikan gitu. Dah lama mencari yang sedap atau hampir sedap. Tapi tak jumpa. Beli di Terengganu juga pun, tak kena. 

Akhirnya buat sendiri. Puashati kalau tak sedap pun ok sebab buat sendiri. Tapi Alhamdulillah menjadi dan sedap. Bahan utamanya ialah tepung sagu, rupanya tak ada dijual di sini. Merata mencari di kedai runcit dan pasar. Kena beli dari Terengganu melalui shopee. 

Tak sama tau tepung sagu untuk keropok lekor dengan tepung ubi yang banyak dijual di sini. Tepung sagu dari pokok sagu, tepung ubi dari pokok ubi.Saya sertakan sekali link cara penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa untuk subscribe tau. 


Selamat mencuba...


Keropok Lekor Homemade

Bahan bahan:
2 kg ikan kembung - isi 980 gram isi ikan
100 gram tepung sagu - 4-5 sudu besar 
½ sudu besar garam
Serbuk perasa - ospyenal

Cara cara:
Kisar isi ikan menggunakan pengisar kering ataupun menggunakan food processor yang tak perlu ditambah air.


Satukan isi ikan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Kemudian masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit sekadar untuk melekatkan dan boleh digentel. 


Uli di atas papan pencanai. Tabur sedikit tepung gandum. Ambil doh dibulatkan dan kemudin digulung memanjang. 

Sementara itu, didihkan air di dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan keropok lekor dan rebus sehingga keropok timbul di permukaan.


Terus angkat dan masukkan dalam bekas air ais sekitar 3-5 minit. Barulah toskan. Tujuannya ialah untuk pastikan haba terus terhenti dan keropok tidak menjadi lembik.


Biarkan keropok lekor anda sejuk dulu. Kemudian lumur nipis minyak masak untuk keropok lekor tidak kering. 


Kemudian, boleh dipotong dan siap untuk digoreng. Ada lebihan, boleh simpan dalam bekas dalam freezer. 


Nota:
Boleh juga masukkan garam, gula, serbuk lada sulah, bawang merah cincang, jika suka. 


4 ulasan for "Homemade Keropok Lekor Idaman Hati"

  1. woww home made keropok lekor terbaik!!

    BalasPadam
  2. ini keropok lekor resepi negeri mana ni? kelantan atau teregganu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sahaja. cuma teganu dibuat kecil kecil dan kadang kadang dimasukkan baking oowder bagi kembang. Kelantan dibuat besar dan perlu dipotong sebelum digoreng. lebih padat, tak kembang

      Padam
  3. Makanan yang sangat lazat saya akan cuba di rumah saya sekaligus

    BalasPadam