Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Kuning Lembut Cantik Berkilat



Kepada yang baca atau nak salin resipi, cuma perlu klik iklan dan klik follow resipi ya. Tak perlu bayar, resipi percuma jer. Sekadar untuk memberi motivasi supaya terus menulis di blog.

Kita semua dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda Shah Alam selepas hujan turun tanpa henti selama 2 hari berturut turut. Saya bila dok dalam rumah, tak perasan pun. 

Tahu hujan tapi tak sempat nak baca di media sosial keadaannya sehingga anak menantu kami yang nak ke rumah mertua mereka di Shah Alam terpaksa berpatah balik rumah kami kerana banyak jalan ditutup dan ditenggelami air.

Rumah sahabat kami juga dinaiki air sehingga paras lutut ketika kami semua mula ber chatting di group WhatsApp sehingga besan kami Dato Setia Salehuddin menelefon pihak berwajib untuk menyegerakan pemindahan sahabat saya sekeluarga dan jiran jiran beliau yang memerlukan pertolongan termasuklah sekeluarga yang sedang kuarantin kerana positif covid. 

Kesian juga dengan pihak berwajib pun, mereka memang tak sempat untuk menjawab panggilan yang terlalu banyak. Ramai yang menulis, bantuan tak sampai sehingga pagi. Misi mereka ialah menyegerakan bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa ke kawasan selamat. 

Semoga semua mangsa yang terlibat, tabah dan sabar dengan ujian ini. Insya Allah, Allah akan menggantikannya dengan pahala yang besar. Hari ini saya ingin kongsikan resipi pulut kuning yang sedap.

Jangan lah pulak ada yang komen, orang tengah ditimpa banjir, nak share gambar makanan pula. Simpati dan prihatin adalah di dalam hati dan dalam bentuk yang berbeza bagi setiap orang. 

Mereka yang tak terkesan dengan banjir, boleh hulurkan apa apa bantuan wang ringgit jika tak mampu turun padang sendiri. 

Ingat apa Tokku Pasir Gudang, Ustaz Mat Esa kata komen negatif di media social ini umpama komen dan kata kata ahli neraka. Jadi kalau tak setuju, telan sahaja perasaan tu. Jangan kita termasuk orang yang menpunyai ciri ciri ahli neraka. 


Pulut kuning saya hari ini bukan sahaja lembut dan cantik berkilat tapi wangi dan sedap sangat dengan aroma kunyit hidup. Baki pulut yang tak habis, kami letak bawah saji sahaja. Keesokannya saya makan, masih lembut lagi. Tak panaskan pun, terus jer makan. Berulang kali saya menyebut sedap nyer.

Saya makan pulut ini dicicah dengan rendang pedas daging di SINI. Saya kalau masak pulut, memang obses sangat dengan cara penyediaan pulut orang zaman dulu yang dikukus. Ya lah ada macam macam cara, boleh jer tanak atau masak dengan periuk tekanan lah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 



Pulut Kuning Lembut dan Cantik Berkilat
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
½ kg beras pulut - rendam 1 jam
¼ kg santan segar 
1 sudu besar garam
½ sudu kecil gula

Cara cara:
Basuh beras pulut dan tos. Tuang air kunyit hidup dan masukkan ke dalam pulut. Kacau rata.

Tuang air secukupnya. Rendam selama 1 jam dengan 2 keping asam keping. Masukkan sedikit serbuk kunyit.

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Perlu air mendidih, supaya cepat pulut kembang dan tak jatuh melalui lubang pengukus. 

Masukkan pulut ke dalam pengukus dan buat lubang di tengah supaya wap naik cepat. Tutup dan kukus sampai masak.

Sementara itu, masak santan dengan sedikit air supaya pulut tahan basi. Masukkan garam dan gula. Kacau atas api perlahan. Masukkan daun pandan. Kacau hingga sekadar mendidih sahaja tapi tidak sampai pecah minyak. Tutup api dan terus kacau.

Masukkan pulut dalam bekas. Ketika pulut masih panas, tuang santan. Santan pun kena masih panas. Jika santan dah sejuk, panaskan sekejap. Kacau sehingga pulut lembut sekata dan kelihatan berkilat. Jika berketul, tekan dengan belakang senduk.

Masukkan semula pulut dalam periuk pengukus dan kukus sekejap sahaja.

Nota:
Jika tak suka pulut lembut, lepas masuk santan, tak perlu dikukus lagi. 


Catat Ulasan for "Pulut Kuning Lembut Cantik Berkilat"