Sambal Ikan Bilis Kentang
Sebelum kita masuk bab resipi, jom kita baca dulu bab munajat oleh Tokku Pasir Gudang, Ustaz Mat Esa Deraman yang sangat mengesankan. Semoga ianya memberi manafaat pada kita semua. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan dan klik follow blog saya, ya.
Sampai bila kita nak lari dari Allah. Hakikat kejadian kita ialah untuk mentaati Allah. Dunia telah menfailkan perceraian pada kita. Sampai bila kita masih mencuba mendapat dunia tapi tak cuba untuk mendapatkan akhirat. Gigi pun dah tak kuat. Umur pun dah masuk alam persaraan.
Bila kita lihat kubur. Itu lah kebenarannya kerana setiap yang bernyawa, pasti akan mati. Sedang kita terus dilalai. Kita seharusnya tinggalkan maksiat dan melazimi ketaatan. Bersegeralah pada keampunan Allah. Bersegeralah pada syurga yang dijanjikan pada orang bertaqwa. Allah janjikan syurga yang luasnya langit dan bumi. Ini tawaran Allah. Di dunia kita dapat pun rumah kecil jer. Itu pun serba kekurangan.
Kesedaran pada akhirat masih pada paras bawah. Sampai bila? Malam adalah waktu paling sesuai untuk muhasabah diri. Pertengahan malam paling meninggalkan kesan. Banguna dan lakukan solat 2 rakaat. Dunia dah rasa lemah fizikal, segala kelazatan dunia mulai hilang, kawan kawan dah pergi satu persatu. Giliran kita akan sampai.
Dunia siang hari kuat. Akhirat lemah. Tapi kalau malam hari, akhirat kuat. Bangun malam walaupun sekejap. Walaupun solat 2 rakaat. Bukan nilai 2 rakaat. Semua bakal kita tinggalkan. Semua yang kita ada tak punyai apa apa nilai bila kita mati sekarang.
Bila kita pejam mata, kita tak nampak apa apa lagi nikmat. Belum lagi gelap mata dalam alam barzah. Kalau kita pejam mata sekarang, kita dah tak nampak suami kita. Macam mana kalau kita pejam selama lamanya dalam kubur nanti. Tak ada apa di keliling kita. Bukan lakonan tapi hakikat. Ada yang umur macam kita dah pun mati. Kita tunggu giliran kita. Ianya tak lama. Kematian adalah dekat sahaja dengan kita.
Sekarang kita masuk pula, bab resipi iaitu sambal ikan bilis kentang. Ada beberapa jenis sambal kentang yang pernah saya sediakan dan kongsi di blog.
Ada yang kentangnya dipotong dadu, boleh klik di SINI. Resipi ini saya belajar dari Ida, yang berniaga tepi KWSP dulu. Manakala sambal yang menggunakan cili kering kisar yang saya belajar dari Kak Soraini, boleh klik di SINI.
Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Kentang "
Add your comment