Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pajeri Terung Dan Nenas Keeper Recipe



Seperti biasa, saya mohon sudi kiranya anda semua klik iklan yang keluar dan juga klik Follow Blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Hari ini saya ingin kongsikan salah satu dari 7 tanda dosa Dosa besar dari kuliah zoom Tokku Pasir Gudang. Ada banyak dosa besar tapi yang disebut 7 adalah di mana Rasul bersabda adalah dosa besar yang biasa berlaku dalam masyarakat. 

Antara dosa besar yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah makan harta anak yatim secara zalim. Yang tak zalim, dia makan harta sekadar keperluan dengan anak dia yang merupakan anak yatim. Itu dibenarkan. 

Kemalangan yang melibatkan kematian yang berlaku telah meramaikan anak yatim. Orang yang paling dekat dengan anak yatim ialah ibu. Ibu dapat harta pusaka mengikut faraid hanya  sahaja. Selebihnya harta anak yatim. 

Tiba tiba ibu mengambil lebih harta anak yatim. Itu termasuk dalam berdosa besar. Budak kecil tak tahu harta arwah ayah dia. Banyak yang berlaku perkara ini dalam masyarakat. 

Jadi kena berhati hati, jangan kita rasa suami kita meninggal, kita guna duit peninggalan untuk membesarkan anak anak tanpa memberi sedikit peninggalan pada anak anak. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Kalau sebut sahaja terung, pasti ianya akan membangkitkan selera makan saya. Saya suka terung untuk semua masakan. Hatta dicelur begitu sahaja pun dah rasa sedap. 

Tapi dalam banyak banyak tu, pastinya pajeri adalah lauk kesukaan saya untuk dimasak terung. Selain terung, saya juga suka pajeri nenas. Wallaa memang sedap. 

Saya boleh makan menambah nambah. Lebih lebih lagi dimakan dengan ikan goreng dan telur masin. Inilah gandingan serasi kegemaran saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba….


Pajeri Terung Sedap 

Oleh: Azie Kitchen 


Bahan bahan:

6 biji terung - belah 2 tak putus

50 gram serbuk kari daging Babas - 4 sudu besar 

3 sudu besar kerisik 

300 ml santan segar 

2 sudu kecil garam - guna 1 ½ sudu kecil

3 sudu besar gula atau secukup rasa

¾ cawan minyak 


Bahan kisar:

6 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia 

2 sudu besar udang kering 


Cara cara:

Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. 


Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.


Setelah hampir terbit minyak, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak agak terung tenggelam sahaja.



Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Nota:

saya tambah sedikit nenas. Kalau nenas, perlu masukkan nenas terlebih dahulu supaya lembut atau nenas dicelur seketika.



Catat Ulasan for "Pajeri Terung Dan Nenas Keeper Recipe"