Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Kerapu Kukus Cantonese Style



Sebelum kita masuk dengan lebih detail di blog, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan juga untuk klik Follow Blog. Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Saya ingin memetik sedikit intipati dari kuliah Ustaz Ahmad Dusuki berkenaan yang perlu dibuat sementara kita masih hidup. Orang meninggal dunia, membawa amalan dan kita yang pergi menziarah, ambil pengajaran. Orang hidup meneruskan amalan. Di sebalik iring orang soleh, kamu dapat pelajaran. Orang datang mendoa untuk si mati mendapat syurga.

Binatang Allah jadikan untuk tak fikir tentang kematian. Manusia kalau tak fikir tentang kematian, kamu lagi dasyat dari binatang. Kena fikir bagaimana dalam kubur nanti, hidup di padang mahsyar nanti. Orang kafir hanya fikirkan dunia sahaja. Kalau tak fikir pasal mati, kamu akan jadi macam orang Arab Badwi yang tak tahu pasal kematian. 


Ada 7 kesempatan yang perlu rebut sebelum kita mati. Pertama, perbanyakkan bertaubat. Tolong dapatkan hidayah dari Allah. Bimbingan Allah ke jalan lurus. Tak semua orang dapat hidayah. Kalau semua orang dapat hidayah, maka yang sepatut dapat adalah Abu Talib tapi tak dapat sebab Allah pilih siapa yang dapat hidayah. Hidayah tak mendebarkan. Allah bimbing jasad kita. Tengah tidur, tiba tiba terjaga. Inilah hidayah Allah. Masuk bilik air dalam keadaan malas. Nak wudu ke tak ni. Kita pun ambil wudu. Ini lah hidayah Allah. Tak senang nak dapat hidayah.

Kedua, rahmat Allah. Tolong kasihan ya Allah kerana saya sangat perlu kasih sayang mu Ya Allah. Mesti jaga Allah, barulah Allah jaga kamu. Jumpa orang sebut As salam

Dapatkan keampuan Allah. Jangan tertinggal sisa dosa. Macam mana nak tahu ada kesan dosa ialah bila tak rasa lazat beribadah. Dalam hidup, kita nak keampunan. Sekali buat dosa ada satu titik hitam. Kalau kita banyak dosa dan tak pernah minta ampun, maka hitam hati kamu. Ada orang baca Al Fatihah mengalir air mata. Dosa yang meliputi Buat apa apa pun rabbirfirli. Allahumma firgli.

Dapatkan keberkatan dalam hidup. Kita nak rumah berkat rezeki yang berkat bukan yang besar, yang banyak. Berkat ialah yang sikit dirasakan banyak. Yang singkat tapi rasa panjang. Ramadhan lalu sebulan tapi bila sampai 22, kita rasa cepat. Hidup bukan nak harta banyak tapi harta berkat. Hidup ini biar kamu dapat keberkatan.

Dapatkan ilmu yang banyak. Tiap hari mesti berilmu. Naik cahaya matahari, bertambah ilmu dan keyakinan pada Allah. Ilmu apa. Ilmu Al Quran, baca Al Quran. Ilmu dari hadis nabi. Banyak ilmu. Tambah ilmu lagi naik darjah kita di sisi Allah.

Dapatkan keikhlasan dalam setiap perbuatan. Payah nak ikhlas tapi kena berlatih semua benda dibuat lillaahi taala. Tengok muka suami, Alhamdulillah. Sentiasa sebut Alhamdulillah. Maknanya kita terhibur hidup dengan ikhlas. Sentiasa sebut Alhamdulillah.

Dapatkan sementara kita hidup di dunia ini ialah kematian secara husnul khatimah yang sedang kita tunggu. Tak ada manafaat kalau hidup tak dapat husnul Khatimah. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Sekarang kita masuk pula bab resipi hari ini iaitu Ikan Kerapu Kukus ala Cantonese. Sekarang tengah viral dengan ikan siakap Langkawi yang berharga lebih seribu dengan berat lebih 7 kg. Wow besar betul tu, tak boleh bayangkan orang seramai itu boleh menghabiskan ikan seberat 7 kilo.

Ikan kerapu yang saya guna hari ini juga dibela di laut Langkawi. Berat lebih kurang 1.2 kg. Itu pun saya rasa dah sangat besar untuk kami makan. Kalau nak lebih mewah, makan 2 ekor ikan bersaiz ini, baru 2 kilo lebih. Jadi jauh lagi nak jadi 7 kilo.

Ikan kerapu ini sangat segar walaupun dibekukan kerana mereka tangkap dan terus bekukan untuk menjaga kesegarannya. Syarat utama untuk menyediakan ikan kukus sedap ialah ikan mesti segar. Barulah terasa kemanisannya. Untuk mengukusnya pula, guna bahan simple sahaja. Tapi yang penting, sangat sedap. 

Masakan cina memang simple sahaja bahan bahan yang digunakan. Kalau nak lagi sedap, boleh fillet kan sahaja. Ambil isi supaya lebih terasa sos pada isi ikan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel. Selamat mencuba...


Ikan Kerapu Steam Cantonese Style
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan kerapu
Daun ketumbar - hiris dan belah
Daun bawang - hiris dan belah
2 sudu besar halia hiris halus

Bahan tumis:
8 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar halia - hiris halus
Daun bawang
Daun ketumbar

Bahan sos:
6 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula 
½ sudu kecil garam atau secukup rasa
8 sudu besar air panas

Bahan minyak:
4 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - cincang

Cara cara:
Panaskan pengukus dan kukus ikan sehingga masak. Nota: ikan besar, saya kukus selama 20-25 minit.


Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi, masukkan bahan sos. Kacau sehingga mendidih. Tuang ke atas ikan yang dikukus tadi. 



Taburkan daun ketumbar, daun bawang dan halia hiris. Ketepikan.


Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Tumis sehingga bawang keperangan. 

Angkat dan tuangkan ketika masih panas panas ke atas ikan tadi. Sedia untuk dinikmati.




Catat Ulasan for "Ikan Kerapu Kukus Cantonese Style"