Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Lemak Jantung Pisang dan Isi Kerang



Hari ini saya ingin kongsikan resipi jantung pisang dengan isi kerang. Kedua duanya kegemaran saya yang digandingkan dalam satu resipi. Sebelum itu, jangan lupa click iklan di atas blog saya dan juga klik Follow blog ya. Terima kasih. 

Sebelum itu, saya kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Ahamd Dusuki berkenaan solat. Solat jadikan hidup seseorang bahagia. Siapa tak jaga solat, kesengsaraan akan berlaku dalam hidupnya. Punca apa kita tak bahagia. Jawapannya kerana seseorang meninggalkan solat. Bahagiakan diri dengan solat. 

Macam mana cara nak bahagia? Jaga solat. Hidup akan jadi penuh kebahagiaan, penuh keseronokan dan kenikmatan. Arahkan diri kita dan famili kita supaya menjaga solat. Dalam hidup ini, apa yang kena dipentingkan ialah jaga solat. Jaga solat ertinya jaga Allah dalam dirinya.

Ada orang yang nampak rezeki banyak tapi tak bahagia kerana meninggalkan solat. Hidup kita menjadi penuh dengan ketenangan bila jaga solat 5 waktu. Tak malu ke dapat segala nikmat yang banyak tapi kita sebagai hambaNya tak jaga solat. 

Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Allah berfirman dirikan solat, tunaikan lah zakat yang merupakan hubungan dengan manusia. Dan rukuklah bersama mereka yang rukuk iaitu berjemaah. Ibadah hanya Islam yang mengajarnya umatnya supaya rukuk.

Solat adalah asas atau tiang agama. Jasad kita ada asas iaitu solat yang mengukuh. Bila ada masalah, balik pada perkara asas iaitu solat. Solat adalah asas dalam hidup beragama. Sesiapa mendirikan solat mereka sedang mendirikan agama. Solat adalah soalan pertama yang akan ditanya. Kalau berjaya, baru ditanya soalan yang lain. Solat juga adalah amalan pertama yang akan dihisab.


Saya memang suka jantung pisang bila dibuat lauk. Kalau celur sahaja pun sedap. Kalau buat teresek jantung pisang, memang favorite saya tapi agak remeh kerana banyak bahan bahannya. Jadi yang lebih mudah ialah buat gulai lemak jer. 

Resipi gulai lemak ini bukan sahaja mudah dan cepat disediakan tapi juga sangat sedap. Kalau tak ada isi kerang, boleh jer gantikan dengan udang, pun sedap juga. Kerana makanan laut ini bila dimasukkan dalam lauk berkuah ia akan menjadikan kuahnya lebih sedap. Kalau tak ada juga, gunakan lah ikan bilis. Pun sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba….


Gulai Lemak Jantung Pisang dan Isi Kerang

Bahan bahan:
1 biji jantung pisang
½ cawan isi kerang
1 kotak santan
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
3-4 biji cili padi

Cara cara:
Jantung pisang dibelah 4 dan di rebus sehingga separuh masak. Angkat dan di hiris. Tos.


Masak santan dengan bahan tumbuk sehingga mendidih. Masukkan semua bahan lain dan kacau sehingga jantung masak sepenuhnya.



Masukkan garam secukup rasa. Bolehlah tutup api.




2 ulasan for "Gulai Lemak Jantung Pisang dan Isi Kerang "

  1. Sedapnya...kalau dipadankan dengan ikan masin😋

    BalasPadam
  2. Jantung pisang ni memang feberat saya, buat sayur goreng dengan ikan bilis pun dah sedap, apalagi buat masak lemak. Memang best.

    BalasPadam