Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Bakar Kelantan dan Pencalonan Anugerah Influencer Meletop



Alhamdulillah sungguh tak disangka sangka, saya terpilih dicalonkan dalam anugerah Influencer Meletop dalam program TV Astro. Alhamdulillah. Walaupun saya tidak pernah bermimpi untuk berada di tahap ini, namun saya sangat bersyukur. 

Jadi kepada follower Azie Kitchen, jangan lupa untuk mengundi saya tau. Klik link nya di SINI. Semuanya hebat hebat belaka.  




Ketika saya mula menulis blog, tujuannya hanya lah untuk mendapat pahala perkongsian ilmu masakan menggunakan resipi yang memang saya kumpul sejak di bangku sekolah. Waktu itu, amat susah untuk mendapatkan resipi yang boleh dipercayai. Resipi yang dikongsikan dalam majalah samada tidak betul atau tidak lengkap. 

Jadi siapa yang ibu mereka pandai memasak, dia juga akan pandai memasak. Memang sangat ekslusif. Kalau nak belajar, kena minta resipi dari individu. Begitulah cara saya mengumpul resipi dulu. Jadi saya sangat sayang dan sangat menghargai setiap resipi yang saya perolehi. 

Atas dasar itu, saya ingin kongsikan pula resipi itu dengan orang lain supaya ianya tidak pupus dan berkembang menjadi ilmu yang bermanafaat.



Hari ini saya kongsikan satu resipi kuih tradisional kegemaran saya. Ada dua jenis kuih apam bakar. Satu yang menggunakan tapai ubi kayu dan satu yang ini menggunakan beras sahaja. Yang tradisional pastinya yang menggunakan ubi kayu.

Klik di SINI untuk versi. kuih apam bakar yang menggunakan tapai ubi. Saya rasa yang ini lebih authentic kerana dari kecil biasa makan yang ini. 

Jom layan resipi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI


Selamat mencuba..... 



Apam Bakar 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:

1 cawan pisang lenyek - 2-3 biji pisang 

1 cawan nasi

1 cawan gula - kurangkan 2 sudu besar, jika tidak suka manis

1 + ½ cawan air

1 batang serai

1 biji bawang merah


Bahan B:

2 cawan tepung beras

1 sudu kecil yis


Bahan C:

Sedikit lada hitam

Sedikit garam

Minyak - untuk lenser

Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam


Cara cara:

Kisar semua bahan A sehingga halus. Satukan Bahan B. Tuang bahan kisar ke dalam bahan B dan kacau rata. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.


Biarkan sehingga naik dan kembang sehingga saiz dua kali ganda. Kacau rata. Masukkan sedikit garam dan kacau rata lagi. 


Panaskan kuali dan lenser sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan dan tutup kuali. Apabila ianya telah kelihatan kering, terbalikkan dan bakar seketika lagi. 




Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan kelapa parut. 



1 ulasan for "Apam Bakar Kelantan dan Pencalonan Anugerah Influencer Meletop "