Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuey Teow Kungfu Yang Sedap


Entah kenapa hati menjadi sangat risau bila melihat statistik kes harian covid 19 yang tertinggi setakat ini. Saya menjadi sedih lebih lebih lagi bila melihat anak anak dan waris dihubungkan dengan video call untuk melihat ibu yang sedang nazak. 

Masya Allah ketika nazak sepatutnya didengarkan dengan kalimah syahadah. Tapi sebabkan covid, anak anak dan waris yang tidak dapat berada di sisi untuk mengajar. Bukan sahaja itu, tapi tidak ramai yang dapat ikut solat jenazah buat si mati. Sedangkan doa keampunan semasa solat jenazah, amatlah diharapkan oleh si mati lebih lebih lagi jika ianya dapat disolatkan oleh 40 orang orang yang soleh. 

Ya Allah lindungi kami semua, negara kami dan seluruh dunia dari bencana dan wabak covid 19. Kembalikan lah semula kepada keadaan kehidupan kami yang normal.

Jika dulu kita jarang pergi ke majlis ilmu, dengan covid 19 kita kehilangan peluang untuk berada dalam majlis ilmu iaitu taman syurga di dunia. Jadi jangan terlepas peluang lagi. Kita boleh mengikuti kuliah kuliah online secara zoom. 

Rebut sebanyaknya peluang yang ada seperti bersedekah kepada mereka yang susah di saat covid ini. Bak kata ustaz hantar dan poskan harta benda kita sekarang ke rumah kita di akhirat. Sebab bila kita meninggal, harta akan ditinggalkan di dunia. Sementara hidup, kita pos dan hantar ke akhirat untuk pembinaan rumah kita yang lebih mewah dan indah di sana. Jangan tinggalkan harta kita di dunia di saat kita dipanggil mengadap Illahi.

Saya kira bila bersara saya akan berpeluang untuk menghadiri banyak majlis ilmu, boleh berlama lama mengerjakan umrah tanpa perlu risaukan cuti tahunan. Tapi kita hanya merancang. Semuanya Allah yang tentukan. 

Sama sama kita berdoa agar Covid segera diangkat dan ditemukan penawar. Buat masa ini kita kena belajar hidup bersama Covid kerana ia akan tetap berada di keliling kita. Kehidupan tidak lagi sama seperti dahulu. 



Hari ini saya ingin kongsikan resipi kue teow Kungfu. Secara jujur saya tidak berapa menggemari kue teow apa lagi yang dimasak seperti ini. Namun begitu saya makan jer, cuma tak berapa gemar.

Percubaan pertama saya untuk menyediakan kue teow Kungfu memang menjadi dan sangat sedap. Alhamdulillah seronok melihat Hubby dan anak anak makan. Bila kita menyediakan sendiri, macam macam kita boleh masukkan sotong, udang dsb. Kalau beli, memang tak dapatlah merasa semua ini. Kalau ada pun, sedikit dan harga pun mesti mahal. 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini. Boleh tonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 



Kuey Teow Kungfu

Bahan bahan:
3-4 ulas bawang putih - ketuk
1 keping dada ayam
2 sudu besar minyak masak  
4 ekor udang - buang kepala dan kulit 
2 ekor sotong 
1 batang karot - 150 gram 
1 biji buah tomato - saiz kecil
150 gram sayur sawi
1 mangkuk kubis putih
½ sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil sos ikan
Serbuk lada sulah 
3-4 tangkai cili padi - ketuk 
800 ml air

Bahan B:
500 gram kuey teow - jenis halus
4-5 biji telur 

Cara cara:
Panaskan 2- 3 sudu besar minyak. Kocak 1 biji telur sehingga rata. Tuang 150 gram kuey teow dan kacau rata dengan telur. Masukkan ke dalam kuali dan goreng sehigga garing. Terbalikkan dan angkat. Tos atas penapis. 



Di dalam kuali lain, panaskan 2-3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan air dan kacau rata.

Masukkan karot dan kacau rata. Masukkan udang, sotong dan buah tomato.

Setelah mendidih, masukkan kubis dan sayur sawi. 

Akhir sekali, masukkan sos ikan, serbuk pati ayam dan garam secukupnya. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Bolehlah ditutup api. 

Tuang kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Tabur bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Ada orang akan masukkan sebiji telur dalam kuah. Tapi saya lebih suka tanpa telur dalam kuah. Rasa kuahnya tidak berbau telur.
 

Catat Ulasan for "Kuey Teow Kungfu Yang Sedap"