Rabu, 11 Ogos 2021

Sambal Tumis Udang Dengan Petai



Sejak kebelakangan ini, kita pasti ada ternampak di socia media berkenaan panggilan Bidadari Syurga pada seorang isteri yang meninggal dunia. Saya tertarik dengan huraian dari kuliah online yang saya sertai. Syurga dan neraka adalah urusan Allah. Bukan lah kita manusia untuk menjamin seseorang yang meninggal masuk syurga atau neraka. Jadi jangan menulis dia bidadari syurga, dia anak syurga dsb. 

Jadi adab yang bersopan dengan Allah ialah seorang suami yang meredhai isterinya yang meninggal dunia berkata; Semoga Allah masukkan dia dalam syurgaNya dengan penuh kerahmatan, menjadi bidadari syurga buat suaminya kelak.

Mungkin kita tidak menyedari perkara ini sebelum ini. Masalah yang sama ada juga dihurai dalam video Ustaz Dr Basit. Jadi bila kita telah tahu, kita sama sama ambil pengajaran dan manafaat darinya. 




Sambal tumis udang adalah lauk kegemaran semua anak anak kami. Tapi Juita lebih gemar jika sambal tumis udang, dimasukkan sekali petai. 

Ada beberapa cara untuk memasukkan petai dalam sambal tumis. Semuanya hanya lah teknik. Saya suka menggunakan teknik yang berbeza beza setiap kali memasak. Ada ketika, saya akan menggoreng dahulu petai, angkat dan masukkan akhir sekali ke dalam sambal. 

Ada kala, saya akan masukkan petai yang belum bergoreng dalam sambal dan masak seketika sehingga petai separuh lembut. Mana mana pun boleh, ikut gerak hati kita waktu memasak tersebut. 

Jom layan resipi sambal tunis udang dengan petai yang saya gunakan hari ini serta cara penyediaannya. Selamat mencuba…


Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ kg udang
1 mangkuk isi petai
4-5 sudu besar cili kering kisar
½ sudu besar garam
2 sudu besar gula
Minyak masak

Bahan kisar: 
6 biji bawang merah - saiz besar
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan - opsyenal

Cara cara:
Panaskan ½ cawan minyak. Goreng udang. Angkat udang dan ketepikan. Masukkan ¾ cawan minyak ke dalam kuali yang sama.


Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak.

Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Setelah cukup rasa, masukkan udang dan petai. 


Kacau rata sehingga sebati. Boleh tutup api.




Add your comment