Khamis, 12 Ogos 2021

Rendang Ayam Merah Resipi Turun Temurun



Sebelum kita masuk bab resipi istimewa dari seorang follower alam maya saya, saya mohon sudi kiranya anda klik iklan di blog saya dan juga klik follow blog. 

Sebelum itu, mari kita kongsikan sedikit pesanan buat pengisian minda kita. Musim pandemik Covid 19 yang melanda dunia seperti sekarang ini, kita perlu perbanyakkan amalan sebagai bekalan amal untuk kita mengadap PenciptaNya. 

Setiap hari berapa ramai rakyat Malaysia yang meninggal dunia, belum lagi kematian di seluruh dunia. Virus covid ini sangat merebak dengan cepat. Musuh yang kita tidak nampak di mata dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan usia.  

Ianya adalah amalan yang sangat mudah tetapi sangat besar ganjaran pahala di sisi Allah. Sangat rugi jika kita tidak mengamalnya. Ianya adalah zikir. Zikir adalah amalan yang paling mudah untuk dikerjakan pada bila bila masa sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa membaca :

‘Subhanallah,wabihamdihi’

(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah:

"Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim”
(HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam zikir yang lain pula:

"Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi"

(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya. Surah Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Jadi kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang diberi pelbagai nikmat pancaindera tanpa perlu membayar pun, lebih lebih lagi kita bertasbih. Boleh dipilih untuk bacaan tasbih yang ringkas atau yang lebih panjang. Semoga ianya bermanafaat.



Saya mencuba resipi ini selepas mendapat mesej dari Puan Hanim @hanimmamaluqman dari Ipoh. Beliau memohon bantuan untuk membantu beliau memasak resipi rendang ayam merah seperti yang arwah mak beliau masak. 

Tulisnya,  kami adik beradik dah cuba macam macam cara tapi tak menjadi. 😢. Saya selalu tolong sediakan bahan je tapi tak tau nak agak berapa sukatan bahan yang diperlukan. Lauk ini adalah lauk kegemaran saudara mara beliau yang berkunjung ke rumah setiap kali raya. 

Jadi berdasarkan bahan bahan yang dikongsikan boleh Puan Hanim, saya mengagak sukatan bahan bahan. Tapi menurut Hanim, rendangnya dikeringkan lagi. Sehari sebelum raya, rupanya seperti rendang di dalam gambar saya di bawah tapi pada pagi raya, akan dikeringkan lagi. 

Tapi saya tak keringkan kerana anak anak saya mahukan sedikit basah untuk mereka gaulkan dengan nasi putih panas panas. Siapa pernah memasak lauk ini, kalau boleh dikongsi dengan kita semua. Mana tahu kalau ianya juga resipi turun temurun keluarga anda.

Jom sama sama mencuba resipi yang dikatakan rasa seperti ayam masak merah tetapi menpunyai tekstur seperti rendang. Selamat mencuba...



Rendang Ayam Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit dan goreng separuh masak
½ kg santan segar
Kulit kayu manis, bunga lawang
1-2 keping asam keping
Gula
Garam
Minyak masak

Bahan kisar:
10 biji bawang merah kecil 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 hiris lengkuas 
3 batang serai 
3 sudu besar cili kering kisar - 15 tangkai 
4 biji cili merah 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar sehingga naik minyak. 



Masukkan santan dan air untuk menjadikan santan cair. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.


Masukkan asam keping, santan pekat dan gula serta garam. Masak sehingga ianya agak kering. Sesuaikan rasa. 


Nota:
Rasa macam ayam masak merah tapi texture macam ayam rendang.


Add your comment