Selasa, 17 Ogos 2021

Masak Lemak Cili Api Ayam Kegemaran Anak Anak



Dalam keadaan pandemik seperti hari ini, kita boleh tiba tiba ditimpa ujian. Hatta ada yang menulis, tak pernah keluar rumah pun memdapat jangkitan Covid 19. Sangat mudah. Jadi pertahanan diri kita selain dari menjaga SOP dan mengambil vaksin ialah menyiapkan diri dengan secukupnya bekalan akhirat. 

Kalau susah untuk kita belajar, amal sahaja amalan yang mudah. Terutama amalan mudah yang pahala sangat besar. Mana kita nak tahu? Ini lah pentingnya untuk kita membaca dan mengikuti video kuliah ustaz yang sekarang dibuat secara online.  

Dari video Kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar ada dikongsikan amalan yang kita patut amalkan mulai hari ini secara istiqamah sehingga kita mati iaitu:

1. puasa sunat hari putih 3 hari setiap bulan, 13-15 setiap bulan hijrah,
2. Solat sunat dhuha sekurangnya 4 rakaat, dan
3. Solat sunat witir sebelum tidur walaupun 1 rakaat.

Hadis menyebut solat dhuha pengampun dosa kita. Siapa menjaga solat sunat Dhuha, akan diampunkan dosa walaupun dosanya sebanyak buih di lautan sekali pun. Selain itu, Allah bina rumahnya khas di syurga.

Sesiapa Solat sunat Dhuha 4 rakaat dan solat sebelum zohor 4 rakaat, akan dibina rumahnya dalam syurga. Kalau rumah dah ada dalam syurga, Insya Allah pasti tuan rumah akan masuk dalam syurga.

Orang yang bijak akan buat amalan di dunia untuk mendapat kesenangan di akhirat. Sangat rugi kalau ditinggalkan. Belum tentu di akhirat kita akan ada rumah. Kita kena yakin dengan janji Allah.

Waktu Dhuha bermula lebih kurang 1 jam 37 minit selepas waktu Subuh iaitu dalam pukul 7.30 pagi. Ianya berakhir sehingga masuk waktu Zohor. Waktunya agak panjang, jadi tiada alasan untuk kita tidak sempat mengerjakannya. Jadi sama sama kita mengambil manafaat dari perkongsian ini. Sekarang kita masuk pula bab masakan. 


Bila anak anak request supaya dimasakkan lauk ayam, pasti yang terlintas di fikiran saya ialah masak lemak cili api ayam. Tapi bukan versi nogori ya. Bukan orang nogori jer ada masak lemak cili api. 

Menyediakannya pun sangat cepat dan bahan pun simple. Bahan yang memang ada di dapur rumah kita. Jadi saya suka menggunakan resipi ini.  Kepada yang belum mencubanya, bolehlah cuba sekali. Pasti anda akan mencuba berkali kali.

Jom layan resipi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:
1 ekor ayam
Asam keping
1 kotak santan kotak 
3 batang serai - ketuk
2 biji buah keras - tumbuk
1 helai daun kunyit
1 sudu besar serbuk kunyit 
Cili padi - hiasan
Garam
Serbuk pati ayam - opsyenal
½ cawan minyak

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah- size besar
4 ulas bawang putih
3 genggam cili padi - ikut pedas disukai 
2 inci halia 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit minyak

Masukkan ayam, asam keping, buah keras. Masak lagi sehingga terbit minyak. Masukkan daun kunyit hiris, cili padi dan serbuk kunyit. Masak sehingga kuah sedikit pekat pekat dan terbit minyak.


Masukkan 1 santan kotak. Masukkan air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai. Masak sehingga kuah sedikit pekat pekat. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.


Sedia untuk dihidangkan panas panas dengan nasi putih. 


1 ulasan

Add your comment