Selasa, 27 Julai 2021

Rendang Pedas Ayam Perak Untuk Hidangan Di Pagi Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kita semua jaga diri dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan supaya kita dan keluarga tidak dijangkiti virus Covid 19. Kepada yang belum mendapat vaksinasi, semoga terus bersabar, kepada yang belum mendaftar, harap dapat melakukan pendaftaran secepat mungkin. 

Kes baru harian yang sekarang berada antara 14-17 ribu amatlah menakutkan. Dan lebih menakutkan lagi kerana hospital tidak lagi dapat menampung bilangan pesakit covid 19. Hospital juga tidak dapat lagi menguruskan jenazah disebabkan kekurangan staff. Jadi jenazah juga semakin bertambah di hospital. 

Hari ini dapat whatsApp group di mana mereka yang positif Covid 19 perlu menjaga diri sendiri di rumah masing masing. Dont bother the government. Haa terkejut. Ya lah berkurung di rumah berbulan bulan tapi kes harian kian meningkat. Sebab apa? Sebab ada yang masih degil. Masih nak pekerja datang kerja. Masih ambil mudah bab mematuhi SOP.

Pihak hospital sekarang lebih menumpu kepada mereka yang sakit. Yang lain perlu berada di rumah dengan perlu merekod surveillance order dalam My sejahtera. 

Persoalannya di sini, jika rumah anda rumah yang kecil atau rumah flat, bagaimana agaknya anda hendak kuarantin di rumah. Alamaknya semua akan berkumpul dalam satu rumah dan sama sama dijangkiti. 

Jadi sebelum kita dijangkiti, kita perlulah benar benar mematuhi SOP yang ditetapkan jika benar benar perlu keluar rumah. Covid ini real bagi mereka yang telah mengalami dan ditimpa ujian. Bagi yang belum, mereka tetap degil. Balik rumah, bukan nak terus mandi dan membersihkan diri. 

Walaupun banyak kempen tentang cara cara untuk mengelakkan covid, tapi masih ramai buat endah tak endah. Cukup setakat ini dahulu, semoga kita semua mengambil maklum mana mana yang boleh memberi manafaat.


Rendang pedas ayam saya hari ini adalah rendang yang saya sediakan untuk hidangan pagi Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Saya menggunakan resipi dan cara penyediaan seperti mana arwah Bonda mertua menyediakannya setiap kali hari raya. 

Simple tapi sedap. Kalau nak bertambah sedap, masukkan lebih daun kunyit. Makan dengan lemang dan pulut kuning memang sedap. Saya masukkan sedikit bawang putih tapi saya tahu ada orang yang langsung tak menggunakan bawang putih. Jadi terpulang lah kepada citarasa masing masing. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba. 


Rendang Pedas Ayam Perak

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan segar
1 mangkuk kelapa parut - digoreng keperangan (jika suka boleh dikisar dengan 50 grm utk 1 ayam)
7 biji bawang besar - 380 gram - kisar
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
Garam

Bahan hiris:
4 inci halia - 50 gram
3 inci kunyit hidup - 20 gram
10 biji bawang merah - 100 gram
4 ulas bawang putih - opsyenal
8 batang serai
6 sudu besar penuh cili - 250 gram

Cara cara;
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.

Masukkan asam keping, gula dan garam.

Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.

Untuk mengelakkan ayam hancur, kacau di bahagian bawah kuali sahaja supaya ianya tidak melekat dan hangus di permukaan bawah kuali. 

1 ulasan

  1. As'salaam. Nak bertanya. Kelapa parut tu dikatakan jika suka boleh dikisar dengan 50gm untuk 1 ayam. Dikisar dengan apa?

    BalasPadam

Add your comment