Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Kerang Cili Padi Yang Sedap



Sebelum kita mula, saya mohon andainya sudi anda klik iklan yang keluar di bahagian atas bog ini dan juga klik follow blog di sebelah kanan atau bawah entri ini jika menggunakan handphone. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih. 

Insya Allah keutamaan buat masa ini ialah ber infaq kepada mereka yang rumah mereka kehabisan makanan di kala saat covid 19 yang sangat memberi kesan kepada semua. 

Hari ini adalah hari pertama hari bekerja selepas pengumuman PKPD di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kita hanya boleh keluar rumah hanya jika ingin membeli barang keperluan dapur sahaja. Itu pun hanya seorang dan tidak melebihi radius 10 km dari kediaman. Harap anda semua memberi kerjasama penuh kepada pihak yang bertugas dan bertanggungjawab. Sekarang kita masuk bab resipi dan masakan.

Hari ini saya ingin kongsikan resipi rendang kerang cili padi yang aya sediakan menggunakan isi kerang yang berbulan bulan tersimpan dalam freezer. Kerang sangat mahal sekarang ini, kalau tak silap saya beli sekilo atau dua kilo yang menghasilkan 200 gram isi kerang. Hajat ketika itu, untuk menyediakan mee kari. 

Walaupun mahal, bagi saya kerang tetap bukan makanan mewah. Nanti ada pulak yang kata kerang makanan mewah sehingga ikan bilis dan petai juga dikatakan makanan mewah disebabkan harga yang mahal. Aduhaai. Kena tahu bezakan antara mahal dan mewah. 

Sekarang ini semua barang barang dapur dah mahal. Tak ada yang murah lagi, hatta ikan kembung pun. Macam petai, kenapa jadi mahal pun kita tak pasti. Sedangkan pokok yang sama. Yang boleh difikirkan ialah mungkin kerana kos sara hidup tinggi. Jadi mereka yang menjual petai juga terpaksa menaikkan harga demi kelangsungan hidup. 


Memasak rendang kerang ini sangat mudah kerana isi kerang telah pun dimasak terlebih dahulu. Jadi yang perlu kita buat ialah memasak rencah untuk rendang sahaja. 

Kali ini saya menyediakan rendang cili api kerana mahukan sedikit pedas, Jika tak suka pedas cili api, boleh guna cili kering kisar sahaja. Bila guna cili api, rendang akan lebih kekuningan. Itu yang saya mahu.

Menyediakan rendang juga terdapat pelbagai cara, terus dimasukkan semua sekali bahan bahan ke dalam kuali dan masak sehingga terbit minyak atau ditumis terlebih dahulu. Semua terpulang. Hari ini saya tumis dahulu kerana tidak mahu cili padi rasa terlalu pedas.

Jom sediakan sendiri di rumah. Memang rendang kerang mahal kerana isi kerang mahal tetapi jika dibeli rendang kerang, lagi mahal. Sebekas dengan pulut kuning dah RM15. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 



Rendang Kerang Cili Padi

Bahan bahan:
1 kg isi kerang
½ kg santan pekat segar
4 biji bawang merah - dihiris 
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 helai daun kunyit - hiris halus
2 sudu besar kerisik
1-2 keping asam keping
Garam 
¾ cawan minyak masak 

Bahan kisar:
1 biji bawang besar 
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
100 gram cili padi - 60 biji - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup 
½ inci lengkuas 
1 inci halia 
3 batang serai 

Cara cara:
Rebus kerang dan bila nampak kerang terbuka, terus angkat. Masukkan ke dalam bekas air ais dan kopek isinya.

Panaskan minyak dan masukkan bahan hiris dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sehingga wangi dan terbit minyak.

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping dan garam.

Setelah terbit minyak, masukkan kerisik dan isi kerang. Masak sehingga kering yang disukai.

Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.





1 ulasan for "Rendang Kerang Cili Padi Yang Sedap"