Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Daging Mudah Dan Sedap


Seperti biasa sebelum anda membaca coretan saya dan resipi saya hari ini, sudi kiranya anda klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini. Juga jangan lupa klil follow blog samada di sebelah kanan entri atau di bahagian bawah entri. 

Catatan kes harian baru Covid 19 hari ini ialah melebihi angka 17 ribu kes. Saya tak mahu terkejut terkejut kerana saya memang menjangka ianya akan menjangkau 50 ribu kes sebelum ianya mulai turun. 

Apa yang saya kesian ialah pada anak anak yang hampir memasuki usia persekolahan. Mereka tidak berpeluang bertemu rakan rakan sekelas dan guru guru. Begitu juga anak anak yang melangkah ke universiti atau anak anak yang baru bekerja. 

Anak saya, Juita sejak melaporkan diri bertugas di KWSP, belum lagi berpeluang untuk ke pejabat. Hanya bekerja dari rumah. Jadi dia belum berpeluang untuk merasai alam pekerjaan sebenarnya. Namun saya percaya dan yakin, di sebalik musibah dari wabak ini, pasti ada hikmah yang Allah ingin berikan kepada mereka yang bersabar. 

Jadi kita kena berusaha untuk mematuhi SOP dan tidak keluar rumah jika tiada menpunyai urusan penting. Selain itu, kita mesti mendapatkan vaksinasi yang dibuat oleh kerajaan. Selepas kita berusaha, kita hendaklah bertawakal kerana tiada daya dan kekuatan kita melainkan pertolongan Allah semata.  



Hari ini saya ingin kongsikan resipi yang mudah, simple tapi wallaaa sangat sedap iaitu nasi goreng daging. Saya memang suka menggunakan daging dalam nasi goreng atau mee goreng. Memang rasanya akan terasa lebih sedap berbanding dengan menggunakan ayam. Itu pendapat dan citarasa saya lah. 

Serious sedap, saya memang suka sangat dengan nasi goreng seperti ini. Secukup rasa dan sangat kena dengan selera saya. Makan berulang ulang sampai petang. Anak anak juga memuji keenakannya. 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...




Nasi Goreng Daging

Bahan bahan:
850 gram nasi putih
1 mangkuk daging - rebus sehingga empuk
1 mangkuk kacang panjang
3 keping fish cake
2-3 biji telur
1 kiub ikan bilis
Garam
½ cawan minyak

Bahan kisar:
1 genggam cili padi - ikut pedas disukai
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan daging dan fish cake.

Masukkan kiub ikan bilis dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.

Ketepikan bahan dan masukkan telur. Biarkan telur separuh masak, baru dikacau.

Masukkan kacang panjang dan kacau seketika sebelum terus masukkan nasi. Besarkan api dan kacau sehingga nasi berasap dan beraroma.

Sesuaikan rasa garam. Bolehlah tutup api.


1 ulasan for "Nasi Goreng Daging Mudah Dan Sedap"