Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Kelantan



Alhamdulillah 22 Julai 2021 akhirnya saya mendapat suntikan vaksin astra zeneca dos yang pertama. Walaupun agak terlewat berbanding dengan rakan rakan sebaya dalam group WhatsApp, saya bersyukur kerana urusannya telah dipermudahkan. Sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog ini tau dan klik follow blog sekali. Terima kasih. 

Memang menakutkan bila melihat angka kes baru jangkitan covid harian yang makin meningkat. Terutama bagi kes yang melibatkan pekerja pekerja kilang yang beroperasi dan melibatkan warga asing. Selamba sahaja mereka dengan memakai gelang pink, keluar membeli belah dengan menaiki motor berdasarkan gambar gambar yang viral.

Pandemik covid 19 menyebabkan kita menjadi takut dengan semua orang, takut untuk bertemu dengan orang, walaupun ahli keluarga sendiri jika mereka keluar di musim pandemik ini. Lebih lebih lagi, bila melihat ramai orang yang tidak mengambil berat bab pematuhan SOP. 

Ramai yang merasakan mereka mematuhi SOP walaupun kita yang melihatnya mendapati sebaliknya. Pakai pelitup hidung pun longgar asyik jatuh sahaja sehingga nampak lubang hidung. Jarang jarang membasuh tangan selepas menyentuh barang atau balik ke rumah. 

Jadi dalam keadaan seperti ini apa yang boleh dilakukan ialah berdoa dan bertawakal agar diri kita, keluarga kita dan seluruh rakyat negara kita dilindungi dari jangkitan virus covid 19. Sedih saya membaca catatan di IG story yang menulis neneknya meninggal selepas 6 hari dijangkiti covid 19. Hari pertama disahkan, masih lagi bergelak gelak semasa membuat video call.   

Di dalam keadaan ini, siapa yang boleh menyelamatkan kita? Tidak ada. Hanya Allah semata mata. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua. Aameen. Sekarang kita masuk pula, bab resipi dan masakan.



Orang Kelantan kalau sarapan pagi memang dengan menu berasaskan nasi seperti nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu. Kebelakangan ini sahaja, mulai ada nasi lemak. Ketiga tiga nasi tersebut adalah kegemaran saya. Kalau nasi berlauk dan nasi dagang, lauknya boleh dipilih samada gulai ayam, kerutuk ayam atau daging dan gulai ikan. 

Manakala nasi kerabu pula berlaukkan ayam percik atau daging bakar. Tapi kalau saya, saya akan makan juga nasi kerabu dengan gulai ayam atau gulai ikan atau kerutuk kerana saya mahu makan kesemuanya. 

Gulai ikan untuk nasi berlauk adalah gulai kuning kunyit lengkuas yang kuahnya pekat pekat dan dimasukkan sekali sayur kacang, timun dan lada solok. Berbeza dengan gulai ikan untuk lauk nasi dagang Kelantan. 

Gulai ikan untuk nasi dagang biasanya menggunakan ikan tongkol, yang isinya hitam. Tapi hari ini saya guna ikan tongkol yang isinya putih. Kuahnya juga hampir sama dengan gulai ikan nasi berlauk, cuma dimasukkan sedikit rempah kari ikan. 

Kalau nasi dagang, pasti ramai yang tahu perbezaan nasi dagang Terengganu dengan Kelantan kan? Untuk nasi dagang Kelantan, boleh masukkan 1 genggam beras pulut ke dalam beras nasi dagang supaya nasi tidak berderai. Itu sahaja lain lain macam biasa.   

Jom layan resipi gulai ikan tongkol lauk nasi dagang Kelantan yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...



Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Kelantan

Bahan rebus:
1 ekor ikan tongkol hitam
6-7 keping asam keping
1 sudu besar garam
¼ keping gula Melaka
Sedikit cuka

Bahan lain:
1 paket kecil rempah kari ikan
½ kg santan segar pekat
10-15 biji cili api - dibuang tangkai
½ cawan minyak 
Garam
Gula
Asam keping

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5-7 biji cili kering - 1 sudu besar cili kering kisar

Cara-cara:

Rebus ikan dengan semua bahan rebus sehingga air tinggal ¼ sahaja. Nota: saya suka biarkan semalaman. Keesokan baru dimasak. 




Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air dan tumis hingga terbit minyak.



Masukkan air rebusan ikan, asam keping, garam. Kacau rata.


Masukkan santan dan kacau rata sehingga mendidih. Kacau hingga mendidih kali kedua atau hingga naik minyak dengan cantik. 


Akhir sekali, tabur cili padi. Nota: Kalau Kelantan, biasanya menggunakan lada solok.  



Nota:

Gulai ni mesti ada rasa masin, manis dan masam secukupnya.


Catat Ulasan for "Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Kelantan"