Isnin, 28 Jun 2021

Sambal Paru Berlado Sedap



Hari ini lock down 3.0 disambung lagi dan dipanggil dengan nama baru Pelan Pemulihan Negara. OK sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya ini dan klik Follow blog untuk mendapat notifikasi bila blog dikemaskini dengan resipi baru. 

Secara tentatif mensasarkan kes baru Covid 19 di bawah aras 4000. Memang langkah ini perlu kerana dengan statistik semasa, keadaan akan menjadi lebih teruk jika ianya diberi kelonggaran.

Cuma keadaan dan masalah yang dialami oleh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah akan menjadi lebih tenat. Ramai yang kehilangan pekerjaan kerana business tempat mereka bekerja di tutup semasa lock down.

Ada antara kita mungkin tak pernah merasa bagaimana rasanya perut yang lapar kecuali semasa berpuasa. Saya sendiri juga tidak pernah. Namun kita bayangkan bagaimana rasanya kelaparan, bagaimana rasanya bila dalam poket tidak cukup untuk membeli makanan. 

Yang mana berkemampuan, bolehlah ambil kesempatan dari keadaan ini untuk bersedekah walaupun sedikit. Mungkin keutamaan adalah kepada rakyat negara sendiri. Contoh melakukan ibadah korban di negara sendiri kerana ketika ini ramai rakyat di negara kita juga dalam keadaan susah.

OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab masakan. Sambal paru berlado atau apa apa sambal berlado adalah antara masakan baru buat saya. Masakan yang saya kenal selepas berhijrah ke Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian universiti. 


Masakan berlado ini antara kegemaran saya kerana menyediakannya sangat mudah dan cepat, bahan yang ringkas tetapi sangat sedap. Jadi kalau ada yang nak berniaga musim PKP ni boleh cuba masak lauk ini. Pasti tak pernah menjemukan. Boleh dipelbagaikan samada menggunakan ikan, ayam, daging atau sayuran seperti terung. 


Sebenarnya untuk sambal paru berlado ini ada beberapa variasi. Ada yang parunya garing krup krap dan ada yang parunya lembut digigit. Jadi boleh ditukar tukar bila memasaknya. Sambalnya pula ada yang menggunakan cili hidup semata, ada yang dicampur cili hidup dan cili kering kisar dan ada yang menggunakan cili kisar.

Memasak ni kena pelbagaikan supaya tak ada lah orang yang makan jemu sebab rasanya sama jer. Tak berubah ubah kan. Hahaha.  

Jom kita layan resepi dan cara saya menyediakannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Sambal Paru Berlado

Bahan bahan:
1 kg paru
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - hiris
½ sudu besar garam
1 sudu besar gula
¾ cawan minyak masak

Bahan kisar kasar:
7 biji cili merah
7 tangkai cili padi hijau
1 biji buah tomato tomato
2 inci halia
5 ulas bawang putih
6-7 biji bawang merah

Cara cara:
Paru direbus bersama sedikit garam dan halia selama 25 minit menggunakan periuk tekanan. Setelah sejuk, dihiris nipis nipis dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.


Panaskan minyak dan goreng sehingga garing yang disukai. Angkat dan tos. Ketepikan. Nota: saya beli paru yang siap dihiris, jadi terus rebus dan goreng separuh garing sahaja. Bila tebal, susah paru untuk garing.



Keluarkan sedikit minyak lebihan menggoreng paru, jika minyak terlalu banyak. Nota: saya guna ¾ cawan minyak baru kerana minyak menggoreng dah berwarna gelap.

Tumis bahan kisar kasar sehingga terbit minyak. Masukkan bawang besar hiris, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata sehingga sebati.


Akhir sekali, masukkan paru goreng. Kacau rata supaya paru mesra dengan sambal dan boleh tutup api.




Add your comment