Rabu, 16 Jun 2021

Sambal Nasi Lemak Azie Kitchen



Assalamualaikum semua. Hari ini anda masak apa untuk sarapan. Saya menyediakan nasi lemak yang simple sahaja. Hidangkan dengan telur rebus, timun dan rendang pedas ayam. Alhamdulillah kenyang dan puas hati. 

Sebelum itu, jangan lupa untuk klik FOLLOW BLOG saya. Juga jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini. Terima kasih. 


Kalau anda follow blog saya, pasti anda perasan yang saya tidak memasak satu satu masakan hanya satu cara. Contoh, sambal nasi lemak, saya memasak pelbagai cara mengikut mood pada sesuatu masa. Jangan hanya menggunakan satu cara sahaja. 

Dengan mempelbagaikan cara, hasil dan rasanya juga berbeza. Jangan segan untuk belajar supaya kita boleh mencuba cara cara yang lain juga. Bahan bahan tetap sama atau sedikit berbeza cuma teknik berbeza memberikan hasil yang berbeza.

Sama juga dengan nasi lemak. Ada ketika saya masak seperti biasa, ada masa saya masak dengan santan sehingga kering sebelum dikukus. Ada ketika, saya masukkan bawang dan halia hiris, ada ketika hanya garam dan daun pandan. Kalau menggunakan santan kotak, saya akan masukkan 1 sudu besar minyak masak ketika masak nasi lemak. Jadi saya tidak menpunyai hanya satu cara. 


Sambal nasi lemak saya hari ini pun, sangat cantik kejadiannya dan yang pasti sedap. Saya yang memang dah beberapa hari tak berselera makan hari ini, makan menambah nambah. Hahaha.

Jadi apa kata anda menyediakan sendiri di rumah, tak perlu beli nasi lemak kerana sangat susah untuk mendapatkan nasi lemak dan sambal tumis yang sedap. Kita boleh sediakan awal awal kerana menyediakan sambal yang sedap perlukan masa, perlukan kesabaran. 

Jadi hari untuk dihidangkan, cuma masak nasi, rebus telur dan masakkan satu lauk lagi seperti ayam goreng atau rendang ayam. Dah lengkap dan pastinya sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Sambal Nasi Lemak

Bahan bahan:
50-80 gram ikan bilis mata biru
1 biji bawang besar - hiris
½ sudu kecil belacan
1 kiub ikan bilis
6 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
1 ½ cawan minyak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos. 

Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang kisar dan sedikit belacan. 

Setelah garing dan terbit minyak, masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan asam keping. Biarkan masak dan mesra. 


Kemudian masukkan ikan bilis dan gula. Masukkan bawang besar hiris dan kiub ikan bilis. Perlahankan api dan biarkan sambal merenih dan mesra.



Nota:
Boleh juga ikan bilis digoreng garing atau goreng sekadar layu dan tak perlu dikeluarkan. Sebaliknya terus dimasuk bahan kisar.  


Add your comment