Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Best Ever Butter Cake



Apa khabar semua? Kita telah pun memasuki fasa kedua Lock Down 3.0. Semoga kekal tabah ya. Saya sendiri pun sebenarnya dah mula rasa stress bila lama lama berkurung di rumah walaupun saya suka berada di rumah tapi tak lah sampai langsung tak boleh keluar makan. 

Jadi nak menghilangkan kebosanan tu, saya akan memasak dan menanam pokok pokok sekeliling rumah. Mudah mudahan pokok ini memberikan saya pahala untuk bekalan di hari akhirat. Aameen. 

Sebelum itu, jangan lupa untuk klik  “Follow Blog” supaya anda akan dapat notifikasi bila saya update entri yang baru. Juga, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ini sebagai tanda sokongan. Sekurangnya ia memberi semangat untuk saya terus menulis tat kala banyak blog yang mula suam suam kuku kerana beralih pada Instagram dan youtube. 

Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya memang suka kek yang simple simple macam kek mentega, kek marble, kek pandan dan yang lain lain. 

Yang pasti saya bukan penggemar kek coklat, cheese dsb. Saya makan tapi tidak berapa suka. Sekadar menjamah 1-2 sudu jer. 

Resipi kek mentega ini memang keeper recipe untuk kek mentega saya. A keeper recipe yang saya akan guna sampai bila bila. Cukup gebunya. Cukup lembapnya. Cukup kemanisannya. Cukup segalanya untuk sepotong kek. 


Sebenarnya untuk memasak kek mentega yang perfect agak mencabar kerana kalau tidak dibuat dengan penuh perhatian, kek akan menjadi merekah macam kek saya hari ni. Tapi saya guna acuan cantik ni, tak apalah sebab boleh diterbalikkan. Boleh tengok entri sebelum ini di SINI

Selain itu, kek ini perlu dibakar sekadar masak sahaja. Maksudnya, jangan tinggalkan dan biarkan 40 minit untuk tutup api. Kalau dah masak, terus tutup api. Baru lah kek lebih moist. Saya menang suka kek yang lembap lembap bila di kunyah. 

Jom layan resipi di bawah ini dan cara penyediaannya. Selamat mencuba…



My Best Ever Butter Cake

Bahan bahan:
250 gram pure butter jenama Anchor - atau apa apa jenama
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
½ cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla - opsyenal 

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau apa apa loyang yang disukai yang telah di spray terlebih dahulu. 


Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.


Nota:
Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.

Bakar sekadar masak sahaja supaya kek kekal moist. Lepas sehari, lagi moist. 


2 ulasan for "Best Ever Butter Cake "

  1. assalamualaikum
    nampak pun tau dah sedappp ni
    airtangan kak Azie terbaikkkk

    BalasPadam
  2. Untuk cupcake boleh ke guna resepi ni..?

    BalasPadam